Kompetensi pembangunan sumberdaya manusia dan pemindahan teknologi dan kaitannya dengan prestasi kerja agen pendidikan pengembangan
Kajian ini adalah berlandaskan model ‘airbatu’ (iceberg model) Spencer dan Spencer (1993) yang menyatakan kompetensi ‘nampak’ atau di ‘permukaan’ sahaja yang digunakan bagi mengukur kompetensi dan prestasi agen pendidikan pengembangan. Kompetensi yang dimaksudkan adalah kompetensi pembangunan sumber...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2010
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15401/1/Kompetensi%20pembangunan%20sumberdaya%20manusia%20dan%20pemindahan%20teknologi%20dan%20kaitannya%20dengan%20prestasi%20kerja%20agen%20pendidikan%20pengembangan.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/15401/ http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/535 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah berlandaskan model ‘airbatu’ (iceberg model) Spencer dan Spencer (1993) yang menyatakan kompetensi ‘nampak’ atau di ‘permukaan’ sahaja yang digunakan bagi mengukur kompetensi dan prestasi agen pendidikan pengembangan. Kompetensi yang dimaksudkan adalah kompetensi pembangunan sumberdaya manusia (PSM) dan kompetensi pemindahan teknologi (PT). Melalui kaedah survei borang soal-selidik telah diedarkan kepada 79 orang agen pendidikan pengembangan di sebuah agensi pengembangan di Selangor. Survei telah dijalankan pada bulan September 2008. Pengkaji telah membentuk sendiri borang soal-selidik tersebut dengan menggunakan tiga komponen dalam kompetensi PSM dan tiga komponen dalam kompetensi PT. Hasil kajian menunjukkan bahawa prestasi kerja agen pendidikan pengembangan berada pada paras rendah dan sederhana, manakala kompetensi responden dalam fungsi PSM dan PT juga adalah pada paras rendah dan sederhana. Namun demikian, responden menyatakan kedua-dua kompetensi ini adalah penting dalam tugas mereka untuk mendayaupayakan klien. Kemahiran menyebarkan maklumat teknologi pertanian dan kemahiran membuat keputusan menerangkan 84.3 peratus varian prestasi kerja agen pendidikan pengembangan. Adalah dicadangkan bahawa agen pendidikan pengembangan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran PSM dan PT melalui latihan berkala agar mereka boleh berfungsi dengan berkesan. |
---|