Cabaran Getir Pelajar Tercicir, Aspirasi Dr. Aila Latif. Column Pemikiran (Thoughts)
Apakah yang kita rancangkan untuk golongan muda ini meneruskan hidup? Bantuan yang bagaimanakah sebenarnya yang perlu diusahakan sebagai asas bagi mereka meneruskan kehidupan? Agak sukar untuk kita membuat pembaharuan yang efektif dengan kekangan ekonomi dan masyarakat yang ada, sekiranya kita bersi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Newspaper Cutting |
Language: | English |
Published: |
SV News Sdn Bhd
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/35601/1/Article%208.jpg http://ir.unimas.my/id/eprint/35601/ https://suarasarawak.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Apakah yang kita rancangkan untuk golongan muda ini meneruskan hidup? Bantuan yang bagaimanakah sebenarnya yang perlu diusahakan sebagai asas bagi mereka meneruskan kehidupan? Agak sukar untuk kita membuat pembaharuan yang efektif dengan kekangan ekonomi dan masyarakat yang ada, sekiranya kita bersikap ‘bukan bidang tugas kami’ dan meneruskan budaya ‘buat hal sendiri’.
Mengenalpasti pelajar yang berkemungkinan keciciran boleh dibuat di peringkat sekolah menengah lagi. Dalam kaunseling kerjaya misalnya, bukan sahaja pelajar cemerlang yang perlu bermotivasi akan hala tuju masa hadapan yang bersesuaian. Bagaimana agaknya dengan pelajar yang kurang menyerlah mengumpul semangat untuk memulakan hari dewasanya selepas persekolahan?
Pelajar-pelajar ini mungkin boleh diterapkan kecekalan dan keterbukaan untuk bermula dari bawah. Banyak peluang untuk bermula di sektor-sektor industri dan kilang-kilang yang hampir tutup, ekoran situasi ekonomi yang menguncup pada hari ini. Ditambah lagi dengan kekangan membawa pekerja asing dan situasi pengurusan buruh yang kurang menggalakkan.
Secara dasarnya, guru kaunseling sekolah menengah mungkin tiada akses dengan industri yang bersesuaian dengan minat dan kemampuan pelajar-pelajar ini. Institut latihan pula lebih memberi fokus kepada kemahiran, tapi tiada jaminan penempatan kerja. Industri pula tiada masa untuk membimbing dan menjaga anak-anak muda lepasan sekolah ini.
Bukan mudah untuk membentuk modal insan yang sejati dalam konteks sebuah negara yang berdaya saing untuk jangka panjang. Jika semua pihak masih bergerak secara silo, pelajar-pelajar keciciran sebegini ramai ini pasti tidak akan ke mana. |
---|