Pengetahuan pedagogi kandungan dalam sirah dan tamadun islam: tinjauan faktor demografi
Pengetahuan pedagogi kandungan merupakan elemen penting dalam pengajaran Sirah dan Tamadun Islam yang efektif. Namun, kajian khusus mengenai tahap PPK guru Pendidikan Islam masih terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap PPK guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Sirah dan Ta...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Quantum Academic
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42069/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42069/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42069/ https://doi.org/10.55197/qjssh.v5i4.418 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengetahuan pedagogi kandungan merupakan elemen penting dalam pengajaran Sirah dan Tamadun Islam yang efektif. Namun, kajian khusus mengenai tahap PPK guru Pendidikan Islam masih terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap PPK guru Pendidikan Islam dalam pengajaran Sirah dan Tamadun Islam, serta menganalisis perbezaannya berdasarkan faktor jantina dan pengalaman mengajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk tinjauan. Seramai 266 orang guru Pendidikan Islam di sekolah menengah harian di negeri Sabah dipilih menggunakan prosedur pensampelan pelbagai peringkat. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap PPK guru Pendidikan Islam berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis ujian-t dan ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap PPK berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menyokong kepentingan pembangunan profesional berterusan untuk meningkatkan PPK guru Pendidikan Islam, tanpa mengira jantina atau tempoh pengalaman mengajar. Kajian ini menyumbang kepada korpus pengetahuan mengenai PPK guru Pendidikan Islam dan membuka jalan untuk kajian lanjutan dalam bidang ini. |
---|