Instrumen ujian pemikiran sains keusahawanan untuk murid Sekolah Rendah
Instrumen Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan (UPSK) telah dibina untuk mengukur pemikiran sains keusahawanan pelajar Tahun Lima di sekolah rendah. UPSK direka berdasarkan keperluan pemikiran keusahawanan dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan menentukan kualiti instrumen UPSK melalui kesahan dan k...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Global Academic Excellence
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41862/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41862/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41862/ https://doi.org/10.35631/IJEPC.852055 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Instrumen Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan (UPSK) telah dibina untuk mengukur pemikiran sains keusahawanan pelajar Tahun Lima di sekolah rendah. UPSK direka berdasarkan keperluan pemikiran keusahawanan dalam pembelajaran. Kajian ini bertujuan menentukan kualiti instrumen UPSK melalui kesahan dan kebolehpercayaan instrumen UPSK melalui Model Pengukuran Rasch. UPSK mengandungi konstruk pemerhatian, idea baharu, inovasi, kreativiti, dan nilai ditekankan dalam soalan-soalan tersebut. Sampel terdiri daripada 30 orang pelajar yang berusia 11 tahun dari sekolah-sekolah bandar di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Metodologi kajian adalah menggunakan soal selidik dan hasil kajian diukur menggunakan perisian WINSTEP. Hasil analisis kesahan mendapati polariti item melalui nilai PTMEA-Corr menunjukkan bahawa kesemua 10 item berada >0.00 (+). Melalui analisis kesesuaian item, semua item masih dikekalkan kerana memenuhi syarat dalam salah satu julat outfit MNSQ, Outfit ZSTD dan PTMEA- Corr. Kebolehpercayaan Cronbach Alpha (KR-20) menunjukkan nilai 0.81 (sangat tinggi), kebolehpercayaan item 0.97 (cemerlang) dan responden 0.80 (baik) dengan nilai pengasingan item 5.33 (baik) dan responden 2.00(baik). Kesimpulannya, UPSK mempunyai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur pemikiran sains keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun lima di sekolah rendah di Sabah. |
---|