Perlaksanaan model pembelajaran tematik video digital dalam persekitaran e-pembelajaran menurut model penerimaan teknologi
Kajian ini dijalankan di daerah Tuaran yang bertujuan untuk melihat kebolehgunaan model yang dicadangkan dalam membantu meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar serta menilai penerimaan awal guru dan pelajar. Dalam menjalankan kajian, pendekatan Mixed Method digunakan untuk memenuhi keperluan kaji...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39377/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39377/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39377/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan di daerah Tuaran yang bertujuan untuk melihat kebolehgunaan model yang dicadangkan dalam membantu meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar serta menilai penerimaan awal guru dan pelajar. Dalam menjalankan kajian, pendekatan Mixed Method digunakan untuk memenuhi keperluan kajian. Teknik persampelan tidak rawak menggunakan teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memilih sampel guru dan juga pelajar. Bagi menilai prestasi pembelajaran pelajar, kaedah reka bentuk Kuasi eksperimental iaitu ujian pra dan pos satu kumpulan dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat peningkatan prestasi. Bagi mendapatkan data persepsi penerimaan guru dan pelajar, kaedah soal selidik menggunakan soal selidik TAM serta temu bual dijalankan. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Analisis univariat (min, Ujian-t) dan bivariat (Regeresi Linear) digunakan untuk menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<0.05. Dapatan kajian menunjukkan MPTVD dapat membantu meningkatkan prestasi pembelajaran murid manakala dari segi penerimaan guru dan pelajar, dapatan kajian mendapati setiap aspek dalam TAM adalah pada tahap sangat tinggi. Hipotesis kajian turut menunjukkan terdapat pengaruh bagi setiap aspek yang dinyatakan. Dapat dirumuskan, model yang dicadangkan diterima secara positif dan boleh dilaksanakan. Kajian lebih lanjut berkaitan kebolehgunaan dan penerimaan boleh dijalankan setelah latihan diberi dan perlaksanaan penuh selain menggunakan model penerimaan teknologi yang lain. Secara keseluruhannya kajian ini dapat membantu dalam mengatasi isu berkaitan pembangunan dan penyampaian bahan pembelajaran yang seterusnya membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. |
---|