Respon glisemik dan indeks glisemik kuih tradisional kaum Kaum Bajau Kota Belud, Sabah (kuih jala dan kuih berati)

Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan respon dan indeks glisemik bagi dua jenis kuih tradisional kaum Bajau Kota Belud, Sabah (kuih Jala dan kuih Berati). Sesi temu bual dalam kajian kualitatif telah dijalankan bersama empat orang responden bagi mengenal pasti bahan dan cara penyediaan dan satu r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ker Jia Hui
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35835/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35835/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35835/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan respon dan indeks glisemik bagi dua jenis kuih tradisional kaum Bajau Kota Belud, Sabah (kuih Jala dan kuih Berati). Sesi temu bual dalam kajian kualitatif telah dijalankan bersama empat orang responden bagi mengenal pasti bahan dan cara penyediaan dan satu resepi digunakan untuk menghasilkan makanan ujian. Ujian indeks glisemik melibatkan sepuluh orang pelajar FSMP sebagai subjek (purata UT: 20.83 ± 1.84 kgm-2). Kaedah finger pricking digunakan untuk mengambil paras glukosa darah subjek sebanyak tujuh kali dalam satu sesi. Larutan glukosa mempunyai nilai GI 100 digunakan sebagai minuman rujukan. IAUC bagi larutan glukosa adalah 168.99 mmol min/L. Setiap subjek dikehendaki mengambil ujian indeks glisemik bagi minuman rujukan sebanyak tiga kali dan satu kali ujian GI bagi makanan ujian pada sesi ujian yang berlainan. Kuih Jala mencapai puncak maksimum pada 30 minit, iaitu lebih awal berbanding kuih Berati yang mencapai puncak maksimum pada 45 minit. Hasil kajian mendapati respon glisemik bagi kuih Jala (iAUC: 101.76 mmol min/L) adalah lebih rendah berbanding kuih Berati (iAUC: 136.23 mmol min/L). Analisis Ujian-T Berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) bagi indeks glisemik kedua-dua makanan ujian. Kuih Jala dikategorikan dalam kelas pertengahan GI (60.21 ± 4.89) manakala kuih Berati adalah dalam kelas tinggi GI (80.61 ± 4.41).