Teknik dan pendekatan komunikasi awam dalam menentukan keberkesanan penyampaian, penerimaan dan maklumbalas mesej ke atas orang awam: kajian kes syarikat Cadbury Malaysia

su dan komunikasi krisis mempunyai dua makna yang berbeza. Menurut Register dan Larkin (2002), isu ini adalah merupakan keadaan ataupun peristiwa sama ada dalaman ataupun luaran organisasi yang mana jika ianya berterusan mempunyai kesan yang signifikan terhadap fungsi atau prestasi organisasi terseb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fatin Natasha Kassim
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35362/1/24%20pages.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35362/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35362/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:su dan komunikasi krisis mempunyai dua makna yang berbeza. Menurut Register dan Larkin (2002), isu ini adalah merupakan keadaan ataupun peristiwa sama ada dalaman ataupun luaran organisasi yang mana jika ianya berterusan mempunyai kesan yang signifikan terhadap fungsi atau prestasi organisasi tersebut atau terhadap kepentingan pada masa akan datang. Di dalam pengurusan, isu dan komunikasi krisis adalah merupakan salah satu daripada tanggungjawab yang akan ditanggung oleh bahagian perhubungan awam. Pengurusan isu dan komunikasi krisis ini berhubung dengan kemampuan organisasi yang berkerjasama dengan sebarang bentuk atau situasi ketika kecemasan berlaku. Dalam konteks pengurusan krisis, komunikasi memainkan pernanan dalam menyebarkan maklumat yang membendung risiko seperti memberi amaran, menghadkan kerosakan, berkomunikasi dengan pelbagai agensi, memberikan penjelasan tentang sesuatu sebab dan bertindak balas dengan salah laku. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti teknik dan pendekatan komunikasi yang dilakukan oleh Syarikat Cadbury Malaysia dalam menangani masalah isu krisis halal, serta untuk memahami bagaimana Syarikat Cadbury Malaysia menentukan keberkesanan penyampaian, penerimaan dan maklumbalas terhadap isu krisis halal. Seramai 120 orang responden, 56 orang perempuan dan 64 orang lelaki telah terlibat dalam kajian ini. Perhubungan awam adalah amalan mengurus dan menyebar maklumat daripada organisasi ataupun individu. Perhubungan awam adalah merupakan pengurusan komunikasi yang melibatkan dalaman dan luaran sesebuah organisasi yang bertujuan untuk membentuk serta mengekalkan imej dan juga identiti yang positif, khususnya ketika krisis melanda sesebuah organisasi ataupun syarikat. Perhubungan awam dalaman dan luaran sesebuah organisasi ini adalah mereka menawarkan sokongan komunikasi kepada syarikat untuk mempromosikannya di dalam pasaran negara mahupun antarabangsa. Oleh itu, pengamal perhubungan awam ini memberi makna terhadap maklumat tentang situasi yang berlaku sangat penting.