Peranan guru cemerlang Malaysia di sekolah

Guru Cemerlang Malaysia (GC) merupakan satu skim kenaikan pangkat bagi guru-guru yang menunjukkan kecemerlangan dengan mengekalkan mereka di bilik darjah tanpa kehilangan mereka sebagai pentadbir sekolah. GC ialah seseorang guru yang dikategorikan sebagai cemerlang dalam bidang kepakaran dan memilik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khaliza Saidin, Mohd Hasani Dali, Abdul Said Ambotang
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33703/1/Peranan%20guru%20cemerlang%20Malaysia%20di%20sekolah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33703/2/Peranan%20Guru%20Cemerlang%20Malaysia%20di%20Sekolah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33703/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/521
https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.521
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Guru Cemerlang Malaysia (GC) merupakan satu skim kenaikan pangkat bagi guru-guru yang menunjukkan kecemerlangan dengan mengekalkan mereka di bilik darjah tanpa kehilangan mereka sebagai pentadbir sekolah. GC ialah seseorang guru yang dikategorikan sebagai cemerlang dalam bidang kepakaran dan memiliki ciri-ciri kecemerlangan yang boleh membantu kecemerlangan sekolah, rakan sebaya dan para murid. Kajian ini menyiasat peranan yang dimainkan oleh GC terhadap rakan sekerja. Kaedah temu bual bersemuka dilakukan yang melibatkan sepuluh orang GC di salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis dengan mengenal pasti tema dan kategori. Dapatan kajian mendapati bahawa GC yang terlibat telah memainkan peranan dari sudut perkongsian ilmu pengetahuan dan kepakaran bidang, dari aspek profesional dan personal. Berdasarkan dapatan kajian, antara peranan yang dimainkan oleh peserta ialah seperti perkongsian kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan, menarik di dalam kelas, penggunaan dan pembinaan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang pelbagai. Peserta kajian juga melaporkan berperanan sebagai jurulatih dan permentoran seperti penulisan kertas kerja dan penganjuran bengkel-bengkel di sekolah. Kajian juga mendapati yang GC turut berperanan sebagai orang tengah dalam menyelesaikan isu dalam kalangan guru dan pentadbir dan orang rujukan bagi masalah peribadi yang dihadapi oleh guru di sekolah mereka. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, disarankan agar lebih banyak sokongan diberikan kepada Guru Cemerlang bagi menggalakkan mereka memainkan peranan sebagai Guru Cemerlang di sekolah.