Aktiviti anti pengoksida anti bakteria produk spirulina platensis
Spirulina Platensis merupakan alga biru-hijau yang mempunyai fungsi anti pengoksida, antiviral, antineoplastik dan sebagainya. Kajian ini bertujuan membandingkan ciri produk Spirulina dengan jenama berlainan (PROVITE dan DXN), dari segi jumlah kandungan fenoliknya, sifat anti pengoksida dan anti bak...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
Universiti Malaysia Sabah
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22567/1/Aktiviti%20anti%20pengoksida%20anti%20bakteria%20produk%20spirulina%20platensis https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22567/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Spirulina Platensis merupakan alga biru-hijau yang mempunyai fungsi anti pengoksida, antiviral, antineoplastik dan sebagainya. Kajian ini bertujuan membandingkan ciri produk Spirulina dengan jenama berlainan (PROVITE dan DXN), dari segi jumlah kandungan fenoliknya, sifat anti pengoksida dan anti bakteria. Kaedah Folin-Ciocalteu digunakan untuk menentukan jumlah kandungan fenolik dalam ekstrak akueus sampel Spirulina dan didapati Spirulina PROVITE (88.2927±0.0006) mengandungi kandungan fenolik yang lebih tinggi daripada produk DXN (71.5917±0.0009). Ujian "1,1-diphenyl-2-picryhydrazyl" (DPPH) dan ujian ferum tiosianat (FTC) telah digunakan untuk menentukan sifat anti pengoksida sampel kajian di mana Spirulina PROVITE menunjukkan aktiviti anti pengoksida yang lebih tinggi daripada DXN dalam kedua dua ujian. Kajian ini menunjukkan terdapat hubungan terus antara kandungan fenolik dan aktiviti anti pengoksida. Ujian anti bakteria menggunakan kaedah peresapan disk menunjukkan sampel Spirulina adalah tidak aktif terhadap semua bakteria yang diuji (Bacillus Aureus (B43/04B), Escherichia Coli (E91/026), Stophylococcus Cereus (S277), Pseudomonas Aeruginosa (ATCC 10145), Salmonella Typhimurium (S1000)). Sebagai kesimpulan, produk Spirulina PROVITE mempunyai kandungan fenolik dan sifat anti bakteria yang lebih tinggi daripada produk Spirulina DXN, akan tetapi kedua-duanya tidak mempunyai sifat anti bakteria. |
---|