Total polyphenol content, anti-oxidant and anti-pancreatic lipase activities of Aquilaria sp. leaves

Obesiti dianggap sebagai masalah berat dan lemak badan yang berlebihan yang membawa kepada kemudaratan kesihatan. Mengurangkan penyerapan lemak, melalui perencatan aktiviti lipase pankreas telah dilaporkan sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk merawat obesiti. Dalam kajian ini, kesan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Liza Gambar
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17741/1/Total%20polyphenol%20content%2C.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17741/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Obesiti dianggap sebagai masalah berat dan lemak badan yang berlebihan yang membawa kepada kemudaratan kesihatan. Mengurangkan penyerapan lemak, melalui perencatan aktiviti lipase pankreas telah dilaporkan sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk merawat obesiti. Dalam kajian ini, kesan pelarut (air dan etanol) di dalam hasil peratusan ekstrak, profil HPLC (kromatografi cecair prestasi tinggi fasa terbalik), jumlah kandungan polifenol (TPC), aktiviti anti-oksida dan aktiviti anti -lipase pankreas yang terdapat di dalam ekstrak daun gaharu telah dianalisis. Hasil peratusan tertinggi dicapai oleh ekstrak air sampel uncang daun gaharu sebanyak, 77.3%. Ekstrak kemudiannya dikaji menggunakan kromatografi cecair prestasi tinggi fasa terbalik (RP-HPLC).Kromatogram yang diperolehi menunjukkan kehadiran sebatian utama pada masa 4.7 mint, 5.1 mint, dan 6.3 mint. Jumlah kandungan polifenol (TPC) telah ditentukan dengan menggunakan kaedah ""Folin-Clocalteu"" TPC tertinggi to/ah ditunjukkan o%h daue keying gaharu daripada ekstrak campuran air dan etanol (1: 1), sebanyak 410.15 f 7.32 mg GAE/g. Aktiviti anti-oksida ditentukan dengan menggunakan kaedah DPPH, di mana kepekatan perencatan5 0 (IC₅₀) terendah telah ditunjukkan o%h daun kering gaharu daripada ekstrak campuran air dan etanol (1: 1) sebanyak,0 .008m g / ml. Kebanyakan sampel daun gaharu menunjukkan aktiviti anti - oksida yang lebih tinggi berbanding dengan antioksidan sintetik rujukan, BHT. Perencatan peratusan gaharu daun ekstrak terhadap aktiviti lipase pankreas telah ditentukan dengan menggunakan kaedah titratan, di mana peratusan perencatan tertinggl lipase pankreas di antara sampel daun gaharu adalah 72.53% f 0.06. Nilai adalah sedikit lebih rendah daripada bahan rujukan, orlistat (77.73% f 0.00 %). Keputusan kajian ini menunjukkan potensi daun gaharu untuk digunakan sebagai perencat lipase pankreas untuk merawat obesiti.