Pengajaran dan pembelajaran :penelitian semula konsep-konsep asas menurut perspektif gagasan islamisasi ilmu moden

Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) sentiasa berubah. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa pembelajaran berorientasikan pelajar sedang diarusperdanakan secara radikal. Dalam konteks aksiologi ilmu di mana ilmu sains kontemporari dianggap bersifat eurosentrik dan mengabaika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Hisham Md Nawi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8885/1/P%26P%20Penelitian%20semula%20menurut%20GIIM.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8885/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) sentiasa berubah. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa pembelajaran berorientasikan pelajar sedang diarusperdanakan secara radikal. Dalam konteks aksiologi ilmu di mana ilmu sains kontemporari dianggap bersifat eurosentrik dan mengabaikan paradigma tauhid, konsep-konsep asas dalam P&P sangat penting untuk diteliti semula bagi melaksanakan agenda gagasan Islamisasi ilmu moden (GIIM). Menurut perspektif GIIM, perkara yang paling fundamental dalam aspek P&P adalah penghasilan pembelajaran yang bermakna. Demikian juga, pertimbangan mengenai sumber dan hierarki ilmu sangat signifikan dan perlu diambil kira dalam penyampaian P&P walaupun ia harus menggunakan apa sahaja pendekatan dan kaedah yang ada (seperti berpusatkan guru, pelajar, objektif, hasil, proses dan nilai). Dalam kes tertentu, ilmu dalam kategori naqli yang berstatus ilmu fardhu ain khususnya pada peringkat awal pengajian, masih memerlukan ‟konsep berguru‟ kerana matlamat pembelajaran melibatkan pembinaan adab dan penghayatan nilai. Penelitian konsep-konsep asas dalam P&P penting untuk menggerakkan proses kesepaduan yang mengaplikasikan konsep pembebasan dan pengembalian. Pelaksanaan P&P yang tepat akan menggalakkan pemikiran kritis dan sintesis kreatif yang berpaksikan kepada pandangan alam Islam. P&P tersebut sekaligus tidak mengabaikan peranan jiwa dan aspek kerohanian untuk melengkapkan pertumbuhan potensi insan yang bersifat sepadu, seimbang dan menyeluruh.