Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed

Pemahaman makna tersirat bermaksud memahami maksud dalaman (tersirat) sesuatu ujaran iaitu maksud yang berbeza dari makna linguistik atau teks. Lenneberg mengatakan bahawa kebolehan kanak-kanak memahami ujaran telah wujud sebelum kanak-kanak boleh bertutur lagi. Lantaran itu, adalah tidak mustahil j...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Noor Azmira
Format: Thesis
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/5908/1/NOOR_AZMIRA_BINTI_MOHAMED.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5908/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.5908
record_format eprints
spelling my.um.stud.59082015-09-15T03:36:15Z Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed Mohamed, Noor Azmira P Philology. Linguistics Pemahaman makna tersirat bermaksud memahami maksud dalaman (tersirat) sesuatu ujaran iaitu maksud yang berbeza dari makna linguistik atau teks. Lenneberg mengatakan bahawa kebolehan kanak-kanak memahami ujaran telah wujud sebelum kanak-kanak boleh bertutur lagi. Lantaran itu, adalah tidak mustahil jika pemahaman makna tersirat juga telah wujud dalam diri kanak-kanak seawal usia tiga tahun lagi. Kajian ini dilakukan bagi membuktikan tahap sebenar pemahaman makna tersirat kanak-kanak prasekolah kerana kanak-kanak sering dianggap hanya memahami perkara-perkara ‘mudah’ yang diujarkan oleh orang dewasa. Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan oleh ibu bapa untuk membantu memperkembangkan potensi diri kanak-kanak dalam kecekapan berbahasa serta membantu pihak yang berkenaan merancang pembelajaran bahasa yang sesuai dengan keupayaan pemahaman kanak-kanak. Ujaran kanak-kanak prasekolah yang diambil secara spontan semasa mereka berkomunikasi ditranskripsikan dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan kaedah Analisis Perbualan (Conversation Analysis). Pemahaman makna tersirat kanak-kanak prasekolah telah dinilai menggunakan Konsep Implikatur Perbualan, Prinsip Kerjasama Grice serta penilaian berdasarkan keupayaan kanak-kanak mengujar dan memahami pertanyaan yang mengandungi pelbagai maksud tersirat. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah telah menguasai pemahaman makna tersirat dengan baik. Keupayaan ini boleh dikaitkan dengan pengaruh persekitaran kanak-kanak sendiri yang ternyata banyak dipengaruhi oleh budaya masyarakat Melayu yang begitu kaya dengan penggunaan bahasa ‘indirect’ dalam perbualan harian bagi menyampaikan pelbagai hajat tersirat. Namun, analisis data juga menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah tidak dapat memahami makna tersirat ujaran yang mempunyai unsur-unsur kiasan, peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya. Hal ini kerana dalam sesetengah keadaan, kanak-kanak jarang didedahkan dengan penggunaan perkataan-perkataan yang lebih bersifat abstrak yang hanya sering digunakan oleh orang dewasa sahaja. Apatah lagi dalam budaya masyarakat Melayu sendiri yang begitu mementingkan nilai-nilai kesopanan dan bercakap dengan cara ‘beralas’ dalam ‘perkara-perkara tertentu’ telah menyebabkan kanak-kanak tidak banyak mendapat pendedahan tentang perkara-perkara yang dianggap agak sensitif. 2015 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5908/1/NOOR_AZMIRA_BINTI_MOHAMED.pdf Mohamed, Noor Azmira (2015) Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed. PhD thesis, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/5908/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic P Philology. Linguistics
spellingShingle P Philology. Linguistics
Mohamed, Noor Azmira
Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed
description Pemahaman makna tersirat bermaksud memahami maksud dalaman (tersirat) sesuatu ujaran iaitu maksud yang berbeza dari makna linguistik atau teks. Lenneberg mengatakan bahawa kebolehan kanak-kanak memahami ujaran telah wujud sebelum kanak-kanak boleh bertutur lagi. Lantaran itu, adalah tidak mustahil jika pemahaman makna tersirat juga telah wujud dalam diri kanak-kanak seawal usia tiga tahun lagi. Kajian ini dilakukan bagi membuktikan tahap sebenar pemahaman makna tersirat kanak-kanak prasekolah kerana kanak-kanak sering dianggap hanya memahami perkara-perkara ‘mudah’ yang diujarkan oleh orang dewasa. Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan oleh ibu bapa untuk membantu memperkembangkan potensi diri kanak-kanak dalam kecekapan berbahasa serta membantu pihak yang berkenaan merancang pembelajaran bahasa yang sesuai dengan keupayaan pemahaman kanak-kanak. Ujaran kanak-kanak prasekolah yang diambil secara spontan semasa mereka berkomunikasi ditranskripsikan dan seterusnya dianalisis dengan menggunakan kaedah Analisis Perbualan (Conversation Analysis). Pemahaman makna tersirat kanak-kanak prasekolah telah dinilai menggunakan Konsep Implikatur Perbualan, Prinsip Kerjasama Grice serta penilaian berdasarkan keupayaan kanak-kanak mengujar dan memahami pertanyaan yang mengandungi pelbagai maksud tersirat. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah telah menguasai pemahaman makna tersirat dengan baik. Keupayaan ini boleh dikaitkan dengan pengaruh persekitaran kanak-kanak sendiri yang ternyata banyak dipengaruhi oleh budaya masyarakat Melayu yang begitu kaya dengan penggunaan bahasa ‘indirect’ dalam perbualan harian bagi menyampaikan pelbagai hajat tersirat. Namun, analisis data juga menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah tidak dapat memahami makna tersirat ujaran yang mempunyai unsur-unsur kiasan, peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya. Hal ini kerana dalam sesetengah keadaan, kanak-kanak jarang didedahkan dengan penggunaan perkataan-perkataan yang lebih bersifat abstrak yang hanya sering digunakan oleh orang dewasa sahaja. Apatah lagi dalam budaya masyarakat Melayu sendiri yang begitu mementingkan nilai-nilai kesopanan dan bercakap dengan cara ‘beralas’ dalam ‘perkara-perkara tertentu’ telah menyebabkan kanak-kanak tidak banyak mendapat pendedahan tentang perkara-perkara yang dianggap agak sensitif.
format Thesis
author Mohamed, Noor Azmira
author_facet Mohamed, Noor Azmira
author_sort Mohamed, Noor Azmira
title Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed
title_short Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed
title_full Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed
title_fullStr Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed
title_full_unstemmed Pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / Noor Azmira binti Mohamed
title_sort pemahaman makna tersirat dalam interaksi kanak-kanak prasekolah / noor azmira binti mohamed
publishDate 2015
url http://studentsrepo.um.edu.my/5908/1/NOOR_AZMIRA_BINTI_MOHAMED.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5908/
_version_ 1738505849304776704
score 13.211869