Penerapan nilai integriti dalam kalangan murid sekolah menengah melalui mata pelajaran sejarah / Jaya Murugan Chandran

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana penerapan nilai integriti dalam kalangan murid sekolah menengah dilaksanakan melalui pengajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga berbeza dengan kajian-kajian terdahulu yang lebih berfokus kepada nilai-nilai moral dalam mat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaya Murugan , Chandran
Format: Thesis
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/15052/1/Jaya_Murugan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15052/2/Jaya_Murugan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15052/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana penerapan nilai integriti dalam kalangan murid sekolah menengah dilaksanakan melalui pengajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga berbeza dengan kajian-kajian terdahulu yang lebih berfokus kepada nilai-nilai moral dalam mata-mata pelajaran lain. Kajian ini dijalankan di bandar Seremban dengan melibatkan tiga buah sekolah kluster dan murid-murid tingkatan empat sebagai sampel kajian. Di samping itu, guru-guru yang dipilih sebagai sampel kajian adalah mereka yang mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah sekurang-kurangnya lapan tahun. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian untuk memperoleh maklumat terperinci tentang perlaksanaan penerapan nilai integriti melalui PdPc mata pelajaran Sejarah. Data kajian diperolehi hasil pencerapan PdPc mata pelajaran Sejarah, temubual dan dokumen SKPMG2 guru-guru Sejarah dan soalan terbuka penilaian murid dirujuk dalam triangulasi dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan hasil daripada ketiga-tiga kaedah yang digunakan, murid-murid diberi pendedahan kandungan mata pelajaran Sejarah bersama nilai integriti. Ia diterapkan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan mereka di sekolah. Murid-murid didapati mempunyai semangat yang tinggi untuk menyelami topik-topik dalam mata pelajaran Sejarah dengan kaedah yang berbeza. Murid-murid yakin strategi dan kaedah yang pelbagai dapat menarik dan meningkatkan minat mereka dan melahirkan suasana belajar yang dapat menanamkan nilai integriti dalam diri mereka. Kesimpulannya, walaupun guru-guru telah menerapkan nilai integriti, malah beberapa topik mata pelajaran Sejarah masih memerlukan penambahbaikan kandungan dan topik yang melibatkan ciri-ciri semangat cintakan tanahair. Keberhasilan murid yang berkualiti dapat dibentuk dengan penerapan nilai integriti melalui kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.