Kajian kepuasan pelanggan perpustakaan Universiti Malaya 2006

Pada 2006, Perpustakaan Universiti Malaya (PUM) telah menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan untuk mengenalpasti faktor yang perlu diberi perhatian dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan kepada pengguna perpustakaan. Soalselidik yang dijalankan telah memberi maklumat tentang kep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaharah, R., Zanaria, S.U.
Format: Article
Language:English
Published: University of Malaya Library 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/9006/1/KA26%281%292008-A2.pdf
http://eprints.um.edu.my/9006/
http://www.umlib.um.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada 2006, Perpustakaan Universiti Malaya (PUM) telah menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan untuk mengenalpasti faktor yang perlu diberi perhatian dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan kepada pengguna perpustakaan. Soalselidik yang dijalankan telah memberi maklumat tentang kepentingan sesuatu aspek perkhidmatan, koleksi dan kemudahan perpustakaan terhadap pengguna serta sejauh mana prestasi PUM dalam setiap aspek tersebut mengikut pandangan mereka. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa aspek yang dipandang penting oleh pengguna perpustakaan adalah maklumat di dalam laman web, kekinian koleksi, kemudahan akses sumber elektronik, waktu pembukaan dan sikap mesra pelanggan staf perpustakaan. Antara aspek penting tersebut, tiga daripadanya perlu diberi perhatian oleh pihak perpustakaan untuk usaha penambahbaikan iaitu kekinian koleksi, kemudahan akses sumber elektronik dan sikap mesra pelanggan staf perpustakaan kerana ia dinilai sebagai tidak mencapai tahap prestasi yang diharapkan oleh para pengguna. Kajian ini secara langsung telah membawa kepada usaha PUM ke arah penambahbaikan terhadap aspek penting yang dikenalpasti.