Kepelbagaian jenis latihan dalam perkhidmatan dan peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik Sub-Tema: Pendidikan Guru (Pembangunan Profesionalisme Guru)

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat jenis latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan di sekolah dan mengkaji perbezaan dalam peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik. Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah menengah di daerah Petaling Utama. Seramai 174 guru t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nur Aisya Sugumarie bt Abdullah, S.N.A.S.A., Razak, Ahmad Zabidi Abdul
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/16788/1/kepelbagaian_ladap.aisya.doc
http://eprints.um.edu.my/16788/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat jenis latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan di sekolah dan mengkaji perbezaan dalam peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik. Kajian ini dijalankan di enam buah sekolah menengah di daerah Petaling Utama. Seramai 174 guru telah menjadi responden kajian. Data yang dikumpul telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Kaedah statistik yang telah digunakan ialah statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus serta statistik inferensi iaitu ujian ANOVA Sehala. Kajian membuktikan bahawa banyak latihan dalam perkhidmatan dijalan dalam bentuk kuliah dan wujud perbezaan dalam peningkatan profesionalisme guru berdasarkan kelayakan akademik. Maka pihak pengurusan sekolah boleh mewujudkan peluang bagi mempelbagaikan jenis latihan dalam perkhidmatan supaya bersesuaian dengan keperluan guru. Pihak Kementerian pula boleh menambahkan peluang untuk sambung belajar kepada guru-guru. Diharapkan kajian ini menjadi panduan dalam menjadikan latihan dalam perkhidmatan sebagai platform untuk meningkatkan profesionalisme mereka. Kata kunci - kesesuaian; latihan dalam perkhidmatan; profesionalisme keguruan