Meningkatkan penguasaan penulisan karangan naratif murid tahun 6 menggunakan Kit Ikan Karang / Nur Arina Che Man, Mohd Faizul Hafiz A Razak and Fauziah Hanim Md Yusof

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan bagi membantu murid dalam membina karangan yang mempunyai isi yang terhad dan tidak dapat mengemukakan isi yang bersesuaian dalam penulisan karangan naratif. Reka bentuk kajian ini berpandukan model Kurt Lewin (1946). Peserta kajian seramai lima orang murid tah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Che Man, Nur Arina, A Razak, Mohd Faizul Hafiz, Md Yusof, Fauziah Hanim
Format: Book Section
Language:English
Published: Academy of Language Studies 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81998/1/81998.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81998/
https://irole-uitm.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan bagi membantu murid dalam membina karangan yang mempunyai isi yang terhad dan tidak dapat mengemukakan isi yang bersesuaian dalam penulisan karangan naratif. Reka bentuk kajian ini berpandukan model Kurt Lewin (1946). Peserta kajian seramai lima orang murid tahun 6 dalam kategori pencapaian memuaskan sebagai peserta kajian. Fokus utama kajian tindakan ini dijalankan adalah bagi meningkatkan keupayaan murid untuk mengemukakan isi yang mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak soalan penulisan karangan naratif. Tindakan awal telah dilaksanakan melalui analisis dokumen dan pemerhatian menerusi ujian diagnostik. Dapatan menunjukkan isu murid kekurangan idea yang bertepatan dengan tajuk karangan serta isi yang terhad menyebabkan karangan yang dihasilkan adalah tidak berkualiti. Bagi mengatasi isu ini, bahan bantu mengajar (BBM) Kit Ikan Karang telah diperkenalkan dan diaplikasi sepanjang sesi PdP penulisan karangan naratif. Hasil pengumpulan data menunjukkan impak Kit Ikan Karang yang positif ke atas murid berdasarkan analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Hal demikian dibuktikan dengan penulisan karangan naratif yang lebih berkualiti dengan mengemukakan isi-isi yang bertepatan dan memenuhi jumlah yang diperlukan. Justeru itu, dapat dikatakan bahawa Kit Ikan Karang yang diperkenalkan dan digunapakai oleh guru berupaya membantu murid untuk mengemukakan isi dan idea karangan naratif dengan baik.