Potensi pengunaan sistem maklumat geografi (GIS) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah atas di Malaysia / Mohd Faris Dziauddin

Kini sudah tiba masanya sistem maklumat geografi (GIS) digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mata pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah atas di negara ini agar proses P&P menjadi lebih relevan, efektif dan menarik. Pada peringkat sekolah menengah atas GIS bole...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dziauddin, Mohd Faris
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73683/1/73683.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73683/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kini sudah tiba masanya sistem maklumat geografi (GIS) digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mata pelajaran geografi pada peringkat sekolah menengah atas di negara ini agar proses P&P menjadi lebih relevan, efektif dan menarik. Pada peringkat sekolah menengah atas GIS boleh digunakan sebagai alat untuk memahami dengan lebih mendalam aspek-aspek penting dalam geografi. Terutamanya yang melibatkan elemen interaksi ruangan. Dalam erti kata lain penggunaan GIS membuka jalan baru bagi analisis data ruangan. Pada peringkat sekolah analisis-analisis mudah yang ada dalam GIS boleh digunakan. Misalnya penggunaan analisis tindanan peta (map overlay) dan analisis penampan (buffering). Di samping itu pelajar-pelajar juga boleh didedahkan dengan proses penghasilan peta dengan menggunakan perisian GIS. Melalui penggunaan GIS pada peringkat sekolah menengah diharapkan dapat menarik semula minat dikalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia terhadap mata pelajaran geografi sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang penting dan mempunyai prospek masa depan yang baik serta setidak-tidaknya memberi ruang kepada pelajar-pelajar geografi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri berkaitan teknologi maklumat.