Mengukur keberkesanan kelas pendidikan mualaf: kemahiran guru dan kesan program mentor melalui pendekatan kaunseling dan motivasi / Mohd Afandi Mat Rani … [et al.]
Program pementoran telah lama menjadi perhatian di kalangan ahli akademik dan industri sebagai program untuk pembangunan profesional dan pembentukan peribadi cemerlang. Mentor adalah bertindak sebagai kanselor, pembimbing, juru latih kepada setiap mentee. Dalam memperkasa pendidikan agama saudara ba...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi MARA
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60501/1/60501.pdf https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60501/ https://jcis.uitm.edu.my/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Program pementoran telah lama menjadi perhatian di kalangan ahli akademik dan industri sebagai program untuk pembangunan profesional dan pembentukan peribadi cemerlang. Mentor adalah bertindak sebagai kanselor, pembimbing, juru latih kepada setiap mentee. Dalam memperkasa pendidikan agama saudara baru, program mentor sangat penting dilaksanakan bagi membolehkan seseorang pelajar saudara baru mendapatkan nasihat dan bantuan yang diperlukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan kelas pendidikan saudara baru melalui program mentor-mentee yang dilaksanakan oleh para pembimbing saudara baru. Seterusnya mengkaji fungsi psikososial mentor dalam memberi sokongan berbentuk kanseling dan motivasi kepada mentee. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif dan memperoleh data dengan persampelan bertujuan. Kaedah meneroka faktor ini dibuat melalui regresi linear berganda. Data yang diperlukan untuk kajian ini dikumpulkan dari Majlis Agama Islam Negeri (SIRC) di Kuala Lumpur, Malaysia. Tinjauan dijalankan dengan borang soal selidik pada sesi kelas menggunakan sampel reka bentuk tinjauan. Soal selidik yang dirancang telah diedarkan ke seluruh populasi sasaran 244 responden melalui pengurusan kendiri. Data dianalisis menggunakan Partial Least Squares-Structural Equation Modeling (PLS-SEM) melalui instrumen tinjauan dengan soalan pilihan Likert lima mata, dengan analisis jujukan dua langkah PLS. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran guru, pendekatan motivasi mentor dan kepuasan pelajar mempunyai hubungan yang positif dan suasana mentoring yang lestari di dalam pengetahuan dan pembelajaran peserta di kalangan kelas saudara baru. Kajian ini juga mendapati bahawa pendekatan motivasi mentor menjadi faktor pencelah yang signifikan antara kemahiran guru dan kepuasan pelajar di dalam kelas tersebut. |
---|