50 Tahun MITASA sebagai kesatuan sekerja dalam sektor pengajian tinggi: cabaran dan hala tuju / Ahmad Faisal Mohamed Fiah

Aspek kesatuan sekerja merupakan antara elemen terpenting dalam perhubungan industri (industrial relation) yang mana isu perhubungan industri ini dikatakan mula wujud sejak awal kurun ke 18 lagi khususnya di beberapa negara di benua Eropah. Apabila membicarakan aspek perhubungan industri pula, ia me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Fiah, Ahmad Faisal
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54067/1/54067.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54067/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aspek kesatuan sekerja merupakan antara elemen terpenting dalam perhubungan industri (industrial relation) yang mana isu perhubungan industri ini dikatakan mula wujud sejak awal kurun ke 18 lagi khususnya di beberapa negara di benua Eropah. Apabila membicarakan aspek perhubungan industri pula, ia melibatkan dua pihak utama iaitu majikan dan pekerja di mana ia terguna pakai untuk semua sector sama ada sector swasta mahupun sektor kerajaan. Dalam setiap perhubungan industri pula akan melibatkan hal yang dinamakan sebagai “pertikaian industri” dan dalam hal ini, amat jelas peranan dan kedudukan sesebuah kesatuan sekerja. Menurut Siti Zaharah Jamaluddin (2000), “pertikaian industri” didefinisikan oleh Akta Hubungan Industri 1967 sebagai:“Apa-apa pertikaian antara majikan dengan pekerja yang berhubungan dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerja bagi mana-mana pekerja tersebut.” Menurut Balakrishnan (2006), jika berdasarkan definisi oleh Akta Hubungan Industri 1967 tersebut, didapati bahawa tidak ada apa-apa yang disebut sebagai tentang peranan kesatuan sekerja pekerja ataupun kesatuan majikan. Tetapi jika dilihat pula definisi “pihak” dalam Akta Hubungan Industri 1967 jelas menunjukkan kesatuan sekerja boleh memainkan peranan semasa pertikaian industri. Justeru, Akta Hubungan Industri 1967 mendefinisikan pihak sebagai “merujuk kepada pertikaian industri, ertinya kesatuan sekerja pekerja yang bertindak bagi semua atau mana-mana bilangan anggotanya dalam pertikaian industri atau majikan yang bertindak untuk kesemua atau mana-mana bilangan ahlinya dalam pertikaian industri” (2006: 31). Tambah Balakrishnan, pihak majikan mesti merestui dan bersetuju dengan pengiktirafan kesatuan sekerja sekiranya kesatuan sekerja dapat membuktikan bahawa ia mempunyai ahli yang majoriti sementara Akta Hubungan Industri juga membolehkan Menteri Sumber Manusia mempunyai kuasa terakhir dalam kawalan terhadap pengiktirafan kesatuan sekerja.