Pemberian markah dalam subjek matematik: Kajian perbandingan di kalangan pensyarah matematik baru dan berpengalaman / Anisah Dasman …[et al.]
Selain pengajaran, pensyarah juga terlibat secara langsung dalam penandaan dan pemberian markah yang mana proses ini sangat penting dalam sesebuah institusi. Kemahiran dan penyelesaian masalah merupakan salah satu tunggak utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penyelesaian yang mempunyai...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | Malay |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41082/1/41082.PDF https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41082/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Selain pengajaran, pensyarah juga terlibat secara langsung dalam penandaan dan pemberian markah yang mana proses ini sangat penting dalam sesebuah institusi. Kemahiran dan penyelesaian masalah merupakan salah satu tunggak utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penyelesaian yang mempunyai kaedah yang berbagai mengakibatkan kepelbagaian jawapan yang diterima semasa ujian dan peperiksaan. Oleh yang demikian, pensyarah menghadapi masalah dalam menanda dan memberi markah kepada jawapan pelajar. 20 sampel skrip jawapan pelajar MAT183 (Kalkulus I) telah diambil dan ditanda oleh empat orang pensyarah yang berbeza pengalaman mengajar, markah untuk setiap soalan diambil dan dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 20.0. Hasil kajian menunjukkan wujudnya variasi markah antara pensyarah baru dan pensyarah berpengalaman semasa penandaan skrip jawapan pelajar dalam subjek matematik di UiTM Pahang. Keputusan menunjukkan pengalaman mengajar yang berbeza memberi kesan kepada pemberian markah kepada pelajar. Oleh itu, dicadangkan agar suatu teknik penandaan yang lebih komprehensif dan jelas dapat dibangunkan supaya dapat dijadikan panduan kepada pensyarah tanpa
mengira pengalaman mengajar. |
---|