Tahap perancangan pengajaran menerusi pengintergrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Malaysia / Mohd Syaubari Othman dan Ahmad Yunus Kassim
ajian ini bertujuan untuk menyelidik perancangan pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah menerusi pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian ini melibatkan guru-guru Pendidikan Islam di Malaysia. Komponen berfikir aras tinggi seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyu...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30408/1/30408.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30408/ https://jcis.uitm.edu.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | ajian ini bertujuan untuk menyelidik perancangan pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah rendah menerusi pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian ini melibatkan guru-guru Pendidikan Islam di Malaysia. Komponen berfikir aras tinggi seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyusun urutan, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat definisi dan kemahiran mencipta analogi yang di lihat dalam tiga komponen utama perancangan pengajaran guru iaitu perancangan pendokumentasian, perancangan dari segi komitmen guru dan perancangan pelaksanaan dipilih sebagai kerangka konseptual kajian. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif menerusi instrumen soal selidik. Kesemua instrumen pengutipan data ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada instrument KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu 0.82173. Seramai 402 orang guru pendidikan Islam dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan frenkuensi dan min serta sisihan piawai. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati amalan perancangan pengajaran di dalam mengintergrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah sederhana tinggi (min = 3.84) berdasarkan perancangan komitmen (min = 3.95), perancangan pendokumentasian (min = 3.93) dan perancangan pelaksanaan (min = 3.65). Implikasi dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah, guru dan masyarakat bagi mempertingkatkan tahap amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang dihasratkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025. |
---|