Kajian program takmir: pelaksanaan dan keberkesanan di masjid, Daerah Alor Gajah, Melaka / Affendi Ismail...[et.al]
Sejarah telah memperlihatkan bahawa peranan masjid amat besar dalam sistem masyarakat Islam. Rasulullah s.a.w telah menjadikan masjid pusat segala kegiatan umat khususnya dalam aspek pendidikan. Masjid pada zaman Baginda s.a.w telah muncul sebagai pusat pendidikan yang mampu membuat perubahan kepada...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Research Reports |
Language: | English |
Published: |
Unit Penyelidikan dan Perundingan
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22477/1/LP_AFFENDI%20ISMAIL%20M%20BRC%2001_5.pdf http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22477/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sejarah telah memperlihatkan bahawa peranan masjid amat besar dalam sistem masyarakat Islam. Rasulullah s.a.w telah menjadikan masjid pusat segala kegiatan umat khususnya dalam aspek pendidikan. Masjid pada zaman Baginda s.a.w telah muncul sebagai pusat pendidikan yang mampu membuat perubahan kepada umat dan aspek pemikiran, sikap, adab dan tingkah laku. Namun kebelakangan ini peranan masjid telah diperkecilkan dan terfokus kepada bidang pendidikan dan perlaksanaan ibadah khusus sahaja. Secara logiknya pengkhususan bidang yang telah diperkecilkan ini tentu akan menghasilkan tahap pengurusan dan keberkesanan yang lebih tinggi peneapaiannya. Persoalannya apakah ini berlaku dalam pengurusan dan kegiatan yang telah dilakukan oleh masjid, sekalipun banyak aktiviti pendidikan dianjurkan? Misalnya kelas takmir, dimana pembiayaan yang dikeluarkan oleh kerajaan agak besar, apakah hasil yang hendak diperolehi daripada program itu tercapai atau menepati matlamat kegiatan itu dianjurkan. Bagaimana penglibatan generasi muda dalam kegiatan keagamaan di masjid. Apakah ianya menggalakkan atau sebaliknya. Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru menarik minat pendengar, dan apakah pihak berkuasa agama melakukan tinjauan terhadap kegiatan tersebut untuk menentukan keberkesanannya. Kajian ini akan melihat secara dekat sejauhmana matlamat aktiviti itu telah dicapai dan apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhinya. |
---|