Hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan pelaksanaan belajar melalui bermain di prasekolah

Kejayaan pelaksanaan belajar melalui bermain di prasekolah amat bergantung kepada tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru. Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan belajar melalui bermain. Selain itu, tujuan kajian juga adalah untuk mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norsaliza Sidek,
Format: Thesis
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://library.oum.edu.my/repository/1541/1/library-document-1541.pdf
http://library.oum.edu.my/repository/1541/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kejayaan pelaksanaan belajar melalui bermain di prasekolah amat bergantung kepada tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru. Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan belajar melalui bermain. Selain itu, tujuan kajian juga adalah untuk melihat hubungan di antara pengetahuan dan kemahiran guru dengan pelaksanaan belajar melalui bermain di prasekolah. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Seramai 56 orang guru tadika swasta di Daerah Marang, Terengganu telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan bagi memperoleh data kajian. Data dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 28.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap kemahiran yang tinggi oleh responden dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain di mana tahap pengetahuan menunjukkan min 4.35 dan min tahap kemahiran adalah 4.31. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang signifikan di antara pengetahuan (r =.849, p <.005) dan kemahiran guru (r = .828, p < .005) dengan pelaksanaan belajar melalui bermain di prasekolah. Keseluruhan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran guru sangat penting dalam menjayakan pelaksanaan belajar melalui bermain bagi membantu perkembangan sosial, emosi, kognitif dan fizikal kanak-kanak secara bersepadu dan holistik.