Kajian Indeks Kebudayaan Negara

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) mentakrifkan kebudayaan daripada dua aspek utama, iaitu dari segi kefungsian akal seperti dimensi sektor aktiviti yang berkaitan dengan pelbagai manifestasi intelektual manusia dan kreativiti seni, yang terdiri daripada indiv...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hashim, Junaidah, Rokis, Rohaiza, Abdul Rahman, Rozailin, Fathil, Fauziah, Shahrin, Ruzanna, Abdul Rahman, Syakirah Hanim, ,
Format: Monograph
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/94713/1/94713_Award%20letter%20MOTAC.pdf
http://irep.iium.edu.my/94713/2/94713_Laporan%20Indeks%20Kebudayaan%20Negara.pdf
http://irep.iium.edu.my/94713/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) mentakrifkan kebudayaan daripada dua aspek utama, iaitu dari segi kefungsian akal seperti dimensi sektor aktiviti yang berkaitan dengan pelbagai manifestasi intelektual manusia dan kreativiti seni, yang terdiri daripada individu dan organisasi. Kebudayaan juga merujuk kepada cara hidup seseorang atau masyarakat yang mengamalkan pelbagai nilai, kebiasaan, pengetahuan, skil dan kepercayaan. Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti yang saling berkait rapat dan bergantung antara satu sama lain. Cakupan kedua-dua bidang ini sangat luas dan kompleks, didapati juga seolah-olah kedua-duanya tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Seni dan kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan seharian sesebuah kelompok masyarakat. Di seluruh dunia, setiap masyarakat mempunyai identiti seni dan kebudayaannya yang tersendiri seterusnya membentuk keunikan cara hidup mereka.