Pengaruh kepimpinan pengetua ke atas amalan prinsip-prinsip pengurusan kualiti menyeluruh (TQM)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan transformasional ke atas amalan prinsip pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dalam kalangan pemimpin sekolah. Walaupun dapatan kajian lalu menunjukkan kepimpinan transformasional mempunyai pengaruh ke atas amalan prinsip TQM, namun tida...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/36474/1/36474_TQM_SEMINAR_PAPER_5.pdf http://irep.iium.edu.my/36474/ http://www.iium.edu.my/medc2013/documents/ProsidingMEDC.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan transformasional ke
atas amalan prinsip pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dalam kalangan pemimpin
sekolah. Walaupun dapatan kajian lalu menunjukkan kepimpinan transformasional
mempunyai pengaruh ke atas amalan prinsip TQM, namun tidak banyak kajian yang
mengaitkan antara kepimpinan transformasional dengan amalan prinsip TQM
dijalankan dalam alam persekolahan di Malaysia. Kajian tinjauan rentasan ini
melibatkan 309 orang guru mata pelajaran di 31 buah sekolah menengah Berprestasi
Tinggi (SBT) di Semenanjung Malaysia. Kaedah pensampelan rawak mudah telah
diguna pakai. Dua set soal selidik terpiawai digunakan untuk mengumpul data.
Instrumen The Principal Leadership Questionnaire (PLQ) yang dibina oleh Jantzi dan
Leithwood (1996) digunakan untuk mengukur kepimpinan transformasional pemimpin
sekolah dan instrumen Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) yang dibina oleh Lim
(2003) digunakan untuk mengukur amalan prinsip TQM. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat pengaruh yang signifikan kepimpinan transformasional ke atas amalan prinsip
TQM. Keputusan ujian kesepadanan terbaik model (goodness-of-fit) selepas modifikasi
menunjukkan model adalah sepadan dengan data. Kesimpulannya, kajian ini telah
menyumbang kepada pertambahan ilmu tentang kepimpinan transformasional dan
amalan prinsip-prinsip TQM dalam kalangan pemimpin sekolah di Malaysia. |
---|