Penguasaan istilah sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran: suatu tinjauan
Penguasaan istilah sains dan teknologi bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa dipengaruhi oleh proses keintelektualan yang diperolehi melalui kaedah pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tahap penguasaan dalam proses ini bukan hanya memperkaya perbendaharaan kata dalam kalangan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Proceeding Paper |
Language: | Malay |
Published: |
Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://irep.iium.edu.my/115648/13/115648_%20Penguasaan%20istilah%20sains.pdf http://irep.iium.edu.my/115648/ https://www.ukm.my/citra/wp-content/uploads/2024/11/eProceeding-ISeLT2024-06112024-resize.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penguasaan istilah sains dan teknologi bahasa Melayu dalam kalangan mahasiswa dipengaruhi oleh proses keintelektualan yang diperolehi melalui kaedah pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tahap penguasaan dalam proses ini bukan hanya memperkaya perbendaharaan kata dalam kalangan mahasiswa malah turut membantu perkembangan peristilahan bahasa Melayu. Walau
bagaimanapun, penguasaan ini juga dipengaruhi oleh pengetahuan tentang kepentingan peristilahan sains dan teknologi dalam bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, kajian ini meneroka penguasaan
dan kepentingan istilah sains dan teknologi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan mahasiswa aliran sains dan teknologi di universiti. Penguasaan istilah yang tepat dan berkesan dalam bidang sains dan teknologi adalah penting bagi membina konsep peristilahan yang jelas dan meluas dalam kalangan mahasiswa. Penyelidikan ini menggunakan borang soal selidik kepada sekumpulan mahasiswa bidang sains dan teknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menilai tahap penguasaan istilah sains dan teknologi mereka sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa mahasiswa mampu menyenarai beberapa istilah sains dan teknologi secara asas dan umum sebelum proses pembentukan konsep terminologi yang lebih terperinci berlaku. |
---|