Model Pembelajaran Integrasi Kolaboratif (MoPIK): strategi pengajaran guru dalam kemahiran menulis = Integration of Collaborative Learning Model: teacher teaching strategies in writing skills

Pengembangan kemahiran menulis dalam kalangan murid menjadi gendala disebabkan oleh faktor kelemahan murid dalam menangani kaedah penulisan yang berkesan. Selain itu, proses pengajaran guru juga didapati masih mengekalkan kaedah lama yang seharusnya diubah mengikut rentak pendidikan zaman kini. Peru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Subramaniam, Vijayaletchumy, Ahmad H.Osman, Rahmah, Ignacy, Richard, Noor Muhammad, Salmah Jan
Format: Article
Language:Malay
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/115144/7/115144_Model%20Pembelajaran%20Integrasi%20Kolaboratif.pdf
http://irep.iium.edu.my/115144/
https://ejournal.ukm.my/jatma/index
https://doi.org/10.17576/jatma-2024-1203-02
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengembangan kemahiran menulis dalam kalangan murid menjadi gendala disebabkan oleh faktor kelemahan murid dalam menangani kaedah penulisan yang berkesan. Selain itu, proses pengajaran guru juga didapati masih mengekalkan kaedah lama yang seharusnya diubah mengikut rentak pendidikan zaman kini. Perubahan dalam dunia pendidikan menuntut setiap pendidik menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan inovasi dalam memantapkan pengajaran di dalam bilik darjah agar terus membina generasi muda yang meyakini alam pekerjaan dewasa nanti. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) yang mencakupi tiga fasa. Kertas penyelidikan ini memfokuskan fasa kedua iaitu membangunkan kerangka konseptual baharu berpandukan integrasi model pembelajaran kolaboratif dan rangka kerja GRRF sebagai panduan melaksanakan kajian. Pembangunan kerangka konseptual yang baharu, iaitu Model Pembelajaran Integrasi Kolaboratif (MoPIK) ini dapat menjadi pedoman dan amalan kepada warga pendidik subjek Bahasa Melayu dalam mengetengahkan cadangan PdPc yang menarik dan efektif. 20 orang pakar telah menunjukkan persetujuan terhadap pembangunan Model MoPIK ini dengan nilai peratusan kesepakatan sebanyak 85%. Proses pengajaran guru dan pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi bermakna sekiranya guru menanggapi dan menyedari hakikat bahawa kemahiran menulis boleh dilentur melalui kaedah penulisan baharu (Kaedah UMIBaKaP) yang diterapkan kepada murid di samping penggunaan bahan bantu mengajar (Fail QR KFC RIMa2Na PAPK) dijadikan pendekatan yang baik untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menulis bahasa Melayu.