Kajian rintis rekabentuk dan pembangunan program ‘Micro Credential’ dalam pedagogi bahasa Arab untuk pembelajaran sepanjang hayat di UIAM

Guru dan pendidik bahasa Arab sentiasa memerlukan untuk mengembangkan pengetahuan dan kebolehan pedagogi mereka. Terdapat banyak cara untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas pengajar, termasuk menghadiri seminar, latihan, dan meneruskan pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Dis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sahrir, Muhammad Sabri, Muhammad, Ilyani Syiham, Mohd Hoiri, Muhammad Hazim Ali, Angga, Saputra, Burhanuddin, Husna, Azmi, Yasmin Iman
Format: Proceeding Paper
Language:Malay
Published: Faculty of Languages and Communication, UniSZA 2024
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/114058/2/114058_Kajian%20rintis%20rekabentuk%20dan%20pembangunan%20program.pdf
http://irep.iium.edu.my/114058/
https://www.unisza.edu.my/iclc2024/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Guru dan pendidik bahasa Arab sentiasa memerlukan untuk mengembangkan pengetahuan dan kebolehan pedagogi mereka. Terdapat banyak cara untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas pengajar, termasuk menghadiri seminar, latihan, dan meneruskan pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi. Disebabkan oleh pelbagai halangan dan batasan, tidak semua daripada mereka dapat meningkatkan kemahiran yang diperlukan. Antara pendekatan terkini untuk meningkatkan kemahiran pembangunan profesional bagi para guru adalah melalui kursus pembelajaran kendiri yang dikenali sebagai kursus pentauliahan mikro atau ‘Micro-Credential’. Justeru, kajian rintis ini dijalankan bagi merekabentuk dan membangunkan Program ‘Micro-Credential’ dalam Pedagogi bahasa Arab untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan perakuan Akademi UIAM (IIUM Academy) kepada tenaga pengajar dan pendidik bahasa Arab yang berhasrat untuk mengembangkan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan mereka dalam aspek pedagogi dan pengajaran. Projek perintis ini mengandungi lapan buah video pembelajaran pendek berkaitan asas pedagogi bahasa Arab, yang berjumlah kira-kira 300 minit masa pembelajaran, lapan unit latihan pembelajaran interaktif dan lapan tugasan penilaian untuk mengukur kemajuan peserta kursus melalui platform Google Classroom beserta beberapa aplikasi e-pembelajaran yang lain. Projek ini dibangunkan berdasarkan model Model Prototaip Rapid yang telah disahkan oleh dua orang pakar sebelum melalui sesi percubaan skala kecil dalam kalangan para guru. Projek ini menyediakan program sijil profesional alternatif bagi meningkatkan profesionalisme kerjaya pendidik bahasa Aran melalui jadual pembelajaran yang fleksibel dan latihan interaktif melalui pemantauan dan bimbingan guru yang berterusan.