Menangani Bahasa Kiasan dalam Terjemahan Sari Kata Drama Arab Qamar bani Hashim
Kajian ini membincangkan strategi penterjemahan bahasa kiasan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu dengan menumpukan kepada aspek tashbih, isti’arah, kinayah dan mathal dalam sari kata drama Arab berjudul ‘Qamar Bani Hashim’. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi penterj...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/918/1/FH03-FKI-18-13008.pdf http://eprints.unisza.edu.my/918/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membincangkan strategi penterjemahan bahasa kiasan daripada bahasa Arab ke dalam
bahasa Melayu dengan menumpukan kepada aspek tashbih, isti’arah, kinayah dan mathal dalam
sari kata drama Arab berjudul ‘Qamar Bani Hashim’. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti strategi penterjemahan yang diaplikasi oleh penyari kata dalam menterjemahkan bahasa
kiasan di samping menganalisis strategi penterjemahan yang sesuai untuk diguna pakai dalam
menangani bentuk-bentuk bahasa kiasan yang dibincangkan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif
menggunakan analisis kandungan untuk mendapatkan data. Kajian ini berpandukan kepada strategi
penterjemahan metafora yang dikemukakan oleh Newmark. Sebanyak 12 sampel dipilih untuk
dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga strategi penterjemahan yang menjadi pilihan
penyari kata, iaitu penterjemahan literal, pentafsiran dan penggantian. Berdasarkan sampel-sampel
yang dipilih, penggunaan strategi pentafsiran adalah paling tinggi. Kajian ini mendapati strategi
penterjemahan literal boleh digunakan sekiranya ada kesesuaian pada lafaz dan makna antara
bahasa sumber dan bahasa sasaran. Penggunaan strategi pentafsiran pula tidak boleh
menghasilkan terjemahan yang terlalu panjang dan strategi penggantian pula dianggap sangat
sesuai untuk membantu penonton memahami mesej cerita dengan pantas dan mudah dalam teks sari
kata yang terikat dengan kekangan ruang dan masa. |
---|