Isu Kebolehbacaan Teks Bahasa Arab Di Malaysia Keperluan Dan Pengukuran
Kebolehbacaan ialah tahap sesuatu bahan bacaan sama ada sukar atau senang yang boleh mempengaruhi kefahaman pembaca. Perbincangan kerta kerja ini memberikan penumpuan kepada dua isu utama yang berkait dengan kebolehbacaan, iaitu keperluan mengenal pasti tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab yang digu...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/738/1/FH03-FBK-17-09170.jpg http://eprints.unisza.edu.my/738/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kebolehbacaan ialah tahap sesuatu bahan bacaan sama ada sukar atau senang yang boleh mempengaruhi kefahaman pembaca. Perbincangan kerta kerja ini memberikan penumpuan kepada dua isu utama yang berkait dengan kebolehbacaan, iaitu keperluan mengenal pasti tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab yang digunakan sebagai bahan bacaan dalam kelas dan penggunaan instrumen untuk menentukan tahap kebolehbacaan tersebut. Sesuatu teks bacaan yang dipilih sebagai bahan pengajaran perlulah berada pada tahap yang sepadan dengan tahap kebolehan membaca pelajar. Hal ini merupakan satu keperluan kerana bahan bacaan yang sukar, jika diberikan kepada pelajar, akan merosakkan proses pembelajaran. Dalam konteks pengukuran tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab pula, mutakhir ini beberapa formula kebolehbacaan bahasa Arab telah dicipta. Kewujudan formula-formula ini telah memberi nafas baru kepada kajian kebolehbacaan bahasa Arab kerana sebelum ini, penggunaan ujian kloz dan ujian kefahaman adalah antara alat ukur terbaik yang menjadi pilihan pengkaji. |
---|