Cabaran media baru sebagai medium pembelajaran agama dan penyelesaiannya dari perspektif Islam
Kempen kesedaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato‟ Seri Dr Mahathir Mohamed pada 11 Oktober 1997 bertujuan untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Hasilnya, TMK kini diaplikasikan secara menyeluruh dalam pelbagai bidang kehi...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/4881/1/FH02-FKI-15-03229.pdf http://eprints.unisza.edu.my/4881/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kempen kesedaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah dilancarkan
oleh mantan Perdana Menteri, Dato‟ Seri Dr Mahathir Mohamed pada 11 Oktober
1997 bertujuan untuk memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Hasilnya,
TMK kini diaplikasikan secara menyeluruh dalam pelbagai bidang kehidupan.
Penulisan ini bertujuan untuk meneliti isu-isu penggunaan media baru sebagai
medium pembelajaran agama serta cadangan penyelesaian dari perspektif Islam
ekoran permasalahan yang timbul dalam penggunaannya. Perkembangan semasa
menunjukkan pengguna semakin dekat dengan media baru dan penggunaannya
telah menjangkau kepada perbahasan yang berkaitan dengan agama serta
keperluannya dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, media baru
mempunyai kesan pro dan kontra terhadap pengguna terutama dari sudut
kandungan maklumat, sumber serta beberapa ciri lain yang ada padanya sebagai
media sosial. Justeru, kegunaan media sosial untuk menyebarkan maklumat agama
serta pelbagai aktiviti dalam proses transformasi dakwah secara atas talian dari
pandangan pengguna dan kaedah penyelesaiannya dari perspektif Islam akan
dibincangkan dengan lebih mendalam dalam penulisan ini. Hasil penulisan ini dapat
dijadikan panduan asas oleh golongan pendakwah serta masyarakat Islam dalam
menerima dan menggunakan maklumat atas talian sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran agama. |
---|