Organisasi Pengurusan Program Homestay di Malaysia: Isu dan Cabaran
Sektor pelancongan merupakan sektor kedua terbesar yang menyumbang kepada pendapatan negara selepas sektor pembuatan. Program homestay (inap desa) merupakan pelancongan berasaskan komuniti yang turut menyumbang kepada pendapatan negara. Statistik menunjukkan jumlah keseluruhan ketibaan pelanco...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/4188/1/FH02-FKI-16-06614.pdf http://eprints.unisza.edu.my/4188/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sektor pelancongan merupakan sektor kedua terbesar yang menyumbang kepada pendapatan
negara selepas sektor pembuatan. Program homestay (inap desa) merupakan pelancongan
berasaskan komuniti yang turut menyumbang kepada pendapatan negara. Statistik
menunjukkan jumlah keseluruhan ketibaan pelancong ke program homestay pada bulan
Januari hingga bulan Disember pada tahun 2010 adalah seramai 196,472, iaitu peningkatan
sebanyak 21.6 peratus berbanding pada bulan Januari hingga bulan Disember pada tahun
2009. Ini menggambarkan bahawa keperluan terhadap perkhidmatan program homestay
meningkat saban tahun. Oleh itu, program homestay perlu diberi perhatian oleh badan-badan
kerajaan dalam usaha mengekalkan kejayaan dan kualiti serta meningkatkan bilangan
pengunjung yang datang. Salah satu faktor utama kejayaan program homestay adalah melalui
pengurusan kepemimpinan yang berupaya merancang, mengurus, melaksana dan mengawal
aktiviti-aktiviti dalam program homestay dengan berkesan. Hasil kajian mendapati bahawa
terdapat beberapa item yang mempunyai tahap min yang tinggi yang boleh dijadikan contoh
kepada pemimpin untuk diaplikasikan dalam program homestay. Selain itu, terdapat beberapa
item yang menunjukkan tahap min yang rendah yang perlu diberi penekanan oleh pihak
pengurusan homestay bagi meningkatkan komitmen peserta. Justeru itu, kajian ini
membincangkan apakah faktor-faktor pengurusan pemimpin yang menjadi amalan dalam
meningkatkan komitmen organisasi dalam kalangan peserta program homestay bagi
pembangunan komuniti luar bandar. |
---|