Kompetensi komunikasi dan kepuasan komunikasi penjawat awam di Malaysia
Penelitian-penelitian berkaitan dengan kompetensi menunjukkan bahawa permasalahan kompetensi dikaitkan dengan persoalan takrifan, pendekatan, perbezaan hasil kajian dan model. Isu berkaitan dengan kompetensi terutama dalam kalangan penjawat awam turut mendapat perhatian pengkaji kerana kompetensi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9422/1/11118-30844-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/9422/ http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/699 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penelitian-penelitian berkaitan dengan kompetensi menunjukkan bahawa permasalahan kompetensi dikaitkan dengan
persoalan takrifan, pendekatan, perbezaan hasil kajian dan model. Isu berkaitan dengan kompetensi terutama dalam
kalangan penjawat awam turut mendapat perhatian pengkaji kerana kompetensi mempunyai pelbagai implikasi terhadap
organisasi, namun kajian terhadap isu ini kurang dilakukan di negara-negara bukan Barat. Ini kerana kecenderungan
negara-negara berkenaan meminjam dan mengaplikasi model dari barat tanpa mengambil kira nilai-nilai tempatan.
Sehubungan itu, artikel ini memperkatakan mengenai perkaitan antara kompetensi komunikasi dari segi komunikasi antara
budaya, komunikasi interpersonal dan komunikasi berdasarkan konteks dengan kepuasan komunikasi dalam kalangan
penjawat-penjawat awam di Malaysia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan keratan rentas di dua
buah organisasi beruniform. Data dikumpulkan melalui pengedaran soal selidik dan dianalisis menggunakan analisis
statistik diskriptif, korelasi dan analisis regrasi pelbagai. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifi kan
antara kompetensi komunikasi antara budaya, kompetensi komunikasi interpersonal, kompetensi komunikasi berdasarkan
konteks dengan kepuasan komunikasi. Analisis turut mengenal pasti dimensi-dimensi dalam setiap pengukuran kompetensi
komunikasi yang meramal kepuasan komunikasi. Implikasi dan cadangan kajian akan datang turut dibincangkan. |
---|