Pembangunan sahsiah belia dan teori SPB4K dalam novel Nisah Haron
Pemikiran bermaksud idea yang wujud daripada golongan intelektual yang menggunakan fakulti kritikan dalam mindanya untuk keputusan dan pemikiran secara kreatif. Pemikiran melibatkan peristiwa-peristiwa yang telah, sedang dan akan dilakukan. Segala informasi atau maklumat yang ditafsirkan akan mem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9061/1/9575-25891-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/9061/ http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pemikiran bermaksud idea yang wujud daripada golongan intelektual yang menggunakan fakulti
kritikan dalam mindanya untuk keputusan dan pemikiran secara kreatif. Pemikiran melibatkan
peristiwa-peristiwa yang telah, sedang dan akan dilakukan. Segala informasi atau maklumat yang
ditafsirkan akan memberi makna kepada individu. Pemikiran juga terlibat dalam aspek abstrak
dan konkrit atau realiti dan fantasi dalam kehidupan seseorang individu. Manakala,
pembangunan sahsiah belia pula dianggap penting untuk diberikan perhatian bagi memastikan
sesebuah negara dapat menghasilkan kelangsungan pembangunan dan kemajuan yang telah
dirancang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran Nisah Haron untuk
membangunkan sahsiah belia dalam karya, di samping untuk menganalisis pemikiran Nisah
Haron dalam novel Melayu Tewarikh Cinta dan Lentera Mustika, Kajian ini menggunakan Teori
Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hassan untuk
menganalisis teks. Pengkaji mendapati bahawa pemikiran kerohanian ialah tanggungjawab
kepada Allah (Hablumminallah) iaitu solat dan rukun imam, manakala dalam pemikiran
kebitaraan pengkaji menjumpai watak-watak yang cemerlang, bijaksana, bestari dan hebat.
Seterusnya pemikiran kesaintifikan pula ditemui watak belia yang berkemampuan berbahasa dan
cekap mengira. Akhir sekali pengkaji menjumpai pemikiran kekreatifan menerusi pembacaan
puisi. Implikasi daripada kajian ini dapat membangunkan sahsiah belia, dapat membina jati diri
dan menghayati nilai-nilai murni sejagat, berwawasan, bermatlamat, bercita-cita tinggi untuk
berjaya dalam hidup. |
---|