Rawatan muzik mozart untuk meningkatkan masa belajar mahasiswa: satu kajian rintis
Proses pembelajaran seringkali menimbulkan permasalahan, baik dikalangan pelajar mahupun mahasiswa. Banyak kaedah digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran ini diantaranya rawatan muzik. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart dapat digunakan untuk mengurangkan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Perkembangan Pelajar ,U.K.M
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6794/1/47.DOC http://journalarticle.ukm.my/6794/ http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Proses pembelajaran seringkali menimbulkan permasalahan, baik dikalangan pelajar mahupun mahasiswa. Banyak kaedah digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran ini diantaranya rawatan muzik. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart dapat digunakan untuk mengurangkan penderitaan pesakit dan sekaligus mengurangkan tekanan. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan Muzik Klasik karya Mozart dalarn meningkatkan masa belajar mahasiswa. Kajian yang dijalankan adalah kajian eksperimental dan seramai lima mahasiswa terlibat sebagai responden. Muzik yang digunakan dalam kajian ini adalah Muzik Klasik karya Mozart dan Muzik Rock daripda lcumpulan Sepultura. Ukuran kesan muzik terhadap masa belajar diukur menggunakan lamanya masa atau tempo membaca buku. Analisis data yang digunakan adalah nonparametrik ujian Friedman dan ujian Wilcoxon. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan tempo membaca buku bacaan fiksyen dan bukan fiksyen yang signifikan semasa diberi rawatan muzik klasik dan muzik rock. Tempoh membaca buku bacaan fiksyen lebih lama dibandingkan tempoh membaca bacaan bukan fiksyen. Kajian ini juga membuktikan bahawa tempo membaca bacaan bukan fiksyen lebih lama semasa diberi muzik klasik berbanding semasa diberi muzik rock. menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart tidak berkesan untuk meningkatkan tempo belajar mahasiswa. |
---|