Cabaran dalam pembelajaran kursus neurologi, strategi mengatasinya dan cadangan penambahbaikan dalam kalangan pelajar sains rehabilitasi di Universiti Kebangsaan Malaysia
Neurologi telah dikenalpasti sebagai kursus yang mencabar dalam pengajian perubatan dan sains kesihatan. Persepsi pelajar perlu diterokai bagi mengenalpasti isu berkaitan pembelajaran kursus neurologi. Namun, kajian melibatkan pelajar sains rehabilitasi masih terhad. Kajian kualitatif ini bertujuan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21237/1/pp_17.pdf http://journalarticle.ukm.my/21237/ https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-25-number-2-december-2022/page/2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Neurologi telah dikenalpasti sebagai kursus yang mencabar dalam pengajian perubatan dan sains kesihatan. Persepsi pelajar perlu diterokai bagi mengenalpasti isu berkaitan pembelajaran kursus neurologi. Namun, kajian melibatkan pelajar sains rehabilitasi masih terhad. Kajian kualitatif ini bertujuan meneroka persepsi pelajar sains rehabilitasi terhadap kursus neurologi dan pembelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sejumlah 12 pelajar cemerlang dari empat disiplin sains rehabilitasi iaitu fisioterapi, terapi cara kerja, sains pertuturan serta audiologi telah menyertai kajian ini. Semua peserta menjalani perbincangan kumpulan fokus (PKF) selama satu jam dan sebanyak dua sesi di satu bilik senyap di Fakulti Sains Kesihatan, UKM. Sesi PKF dilaksanakan oleh seorang penyelidik pelajar terlatih dan menggunakan protokol temubual yang telah diuji. Skop perbincangan merangkumi persepsi terhadap kursus neurologi, cabaran dalam proses pembelajarannya dan strategi bagi mengatasi cabaran. Data terakam dari PKF ditranskripsi secara verbatim dan dianalisis menggunakan pendekatan analisis bertema. Hasil analisis menunjukkan neurologi sememangnya dianggap kursus paling sukar dalam pengajian sains rehabilitasi. Cabaran yang dihadapi pelajar termasuklah melalui sesi kuliah yang membosankan, sesi amali yang tidak mencukupi, cabaran sepanjang penempatan klinikal dan situasi peperiksaan yang mencabar. Peserta kajian menggunakan beberapa strategi tersendiri bagi mengatasi cabaran yang dialami. Penambahbaikan terhadap beberapa aspek pengajaran telah dicadangkan bagi mengurangkan cabaran dan tahap kesukaran kursus neurologi. Kesimpulannya, neurologi dilihat sebagai kursus yang mencabar dan pendekatan pengajaran sedia ada perlu ditambahbaik bagi meningkatkan keberhasilan pembelajaran kursus ini. |
---|