Penilaian penerapan sistem pengurusan latihan di sektor awam : satu kajian kes
Sistem maklumat dinilai bagi melihat tahap kejayaannya dalam memenuhi keperluan organisasi dan objektif yang disasar. Sistem maklumat bertujuan untuk meningkat kecekapan proses, namun, terdapat pelbagai masalah sistem yang menyebabkan ketidakpuashatian pengguna dan penerimaan sistem yang rendah....
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20844/1/2.pdf http://journalarticle.ukm.my/20844/ https://www.ukm.my/apjitm/articles-issues |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sistem maklumat dinilai bagi melihat tahap kejayaannya dalam memenuhi keperluan organisasi dan objektif yang
disasar. Sistem maklumat bertujuan untuk meningkat kecekapan proses, namun, terdapat pelbagai masalah sistem
yang menyebabkan ketidakpuashatian pengguna dan penerimaan sistem yang rendah. Masalah ini merangkumi
sistem yang tidak menepati keperluan pengguna, tidak selaras dengan proses kerja, paparan antara muka yang
kurang mesra pengguna, kemasukan data, kurang penglibatan pengguna dalam pembangunan sistem, dan latihan
yang tidak mencukupi. Oleh itu, kajian ini mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penerapan sistem maklumat
dan aspek yang perlu ditambah baik bagi mengoptimum potensi sistem. Sistem Pengurusan Latihan di sebuah
sektor awam di Malaysia dinilai dari perspektif pengguna dan sosio-teknikal berdasarkan kerangka manusia-organisasi-teknologi-sejajar (human-organisation-technology-fit) (HOT-fit). Penilaian kajian kes dilaksana
menerusi kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Aspek pengukuran penilaian sistem yang
berstruktur dan spesifik dalam kerangka HOT-fit memudahkan penilaian sistem. Faktor positif merangkumi
fungsi yang mudah diguna, maklumat yang relevan, bantuan teknikal yang baik, sokongan pengurusan dan
teknikal, komunikasi efektif dan hubungan yang baik. Sebaliknya, capaian sistem yang perlahan, paparan yang
kurang menarik, sikap pengguna, bilangan staf teknikal yang terhad, kekangan tugas pengguna, dan perubahan
pucuk pimpinan atau dasar memberi kesan yang negatif terhadap penerapan sistem. Faedah keseluruhan
penerapan sistem pula memotivasi pengguna untuk mengguna sistem. |
---|