Kurikulum asas kerja sosial di universiti awam ke arah melahirkan pekerja sosial yang kompetensi di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk meneliti pendidikan kerja sosial yang disediakan oleh universiti awam di Malaysia. Penyediaan kurikulum yang mantap adalah perlu bagi profesion kerja sosial di Malaysia. Situasi ini berikutan setelah Akta Kerja Sosial dilaksanakan, adalah menjadi keperluan untuk mela...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20501/1/56107-184830-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20501/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1524 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti pendidikan kerja sosial yang disediakan oleh universiti awam
di Malaysia. Penyediaan kurikulum yang mantap adalah perlu bagi profesion kerja sosial di
Malaysia. Situasi ini berikutan setelah Akta Kerja Sosial dilaksanakan, adalah menjadi keperluan
untuk melahirkan pekerja sosial yang berkemahiran dan bepengetahuan dalam praktis. Council
on Social Work Education (CSWE) adalah salah satu badan yang mengawal selia kurikulum
kerja sosial di negara barat. Oleh itu, sudah menjadi keperluan juga agar kurikulum kerja sosial
di Malaysia merujuk badan berkenaan agar kurikulum kerja sosial di Malaysia selaras dengan
negara barat yang setiap tahun melahirkan graduan yang kompetensi dalam praktis. Terdapat 10
kurikulum asas kerja sosial yang telah dikenal pasti iaitu kerja sosial sebagai profesional, prinsip
etika kerja sosial, kepelbagaian klien, keadilan sosial dan ekonomi, berfikir secara kritis, tingkah
laku manusia dan persekitaran, dasar dan kebajikan sosial, praktis kerja sosial, penyelidikan dan
latihan industri. Instrumen kajian ini dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan komponen-komponen piawaian kurikulum asas kerja sosial yang ditetapkan oleh CSWE. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan dan menggunakan borang soal
selidik sebagai alat pengumpulan data. Kajian ini melibatkan seramai 279 pelajar tahun akhir
yang dipilih secara bertujuan di enam buah universiti awam yang menawarkan program
pendidikan kerja sosial di Malaysia. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan Pakej
Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 23. Maklumat penemuan kajian telah dibentangkan
dalam bentuk taburan dan peratusan. Hasil kajian ini dapat memberi implikasi kepada kurikulum
pendidikan kerja sosial yang lebih efektif bagi melahirkan pekerja sosial yang mempunyai
kompetensi dalam menyampaikan perkhidmatan kerja sosial dan seterusnya meningkatkan
profesion kerja sosial sebagai profesion yang professional di Malaysia |
---|