Pengoptimuman pengekstrakan lemak biji jeruk mangga (Mangifera indica L.) jeruk menggunakan kaedah respons permukaan dan analisis lipid
Sisa biji jeruk mangga (PMS) daripada industri jeruk mangga boleh meningkatkan kos pengeluaran dan pencemaran alam sekitar. Kajian terdahulu mendapati lemak biji mangga boleh dijadikan punca alternatif lemak koko (CBA) dalam penghasilan coklat. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan bagi mengetah...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20474/1/28.pdf http://journalarticle.ukm.my/20474/ https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid51bil8_2022/KandunganJilid51Bil8_2022.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sisa biji jeruk mangga (PMS) daripada industri jeruk mangga boleh meningkatkan kos pengeluaran dan pencemaran
alam sekitar. Kajian terdahulu mendapati lemak biji mangga boleh dijadikan punca alternatif lemak koko (CBA)
dalam penghasilan coklat. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan bagi mengetahui hasil ekstrak optimum lemak biji jeruk
mangga (MPB) melalui tiga kaedah pengekstrakan iaitu maserasi, Soxhlet dan pengekstrakan bendalir lampau genting-karbon dioksida (SFE-CO2
) dengan menggunakan kaedah respons permukaan-reka bentuk komposit berpusat (RSM-CCD). Keputusan parameter optimum adalah seperti berikut; maserasi (262 min, 100 mL heksana dengan 4.40% hasil);
Soxhlet (300 min, 150 mL heksana dengan 7.87% hasil) dan SFE-CO2 (297 bar, 64 °C dengan 6.66% hasil). MPB yang
diekstrak daripada semua kaedah dibandingkan dengan lemak koko komersial (CCB). MPB mengandungi asid lemak
perlu (EFA) dan omega-3 yang tinggi serta lemak tepu yang rendah berbanding CCB. MPB ekstrak daripada SFE-CO2
mempunyai asid lemak dan profil pencairan yang hampir sama dengan CCB. SFE-CO2
juga mengekstrak lebih banyak
EFA dan omega-3 (p<0.05) daripada maserasi dan Soxhlet. Oleh itu, MPB ekstrak daripada SFE-CO2
berpotensi sebagai
punca CBA yang terbaik dalam penghasilan coklat. |
---|