Hubungan antara beban kerja, faktor peribadi, dan pembelajaran-E terhadap tahap tekanan di kalangan Gen-Y
Stres atau tekanan merupakan tindak balas mental, fizikal dan emosi seseorang individu apabila menghadapi sesuatu situasi. Stres juga merupakan penyebab kepada penyakit mental. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan pada tahun 2020 penyakit mental adalah penyakit kedua tertinggi di dunia. Oleh...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20026/1/admin_personalia%2C%2BArtikel-14_NORAZILA-MAT.pdf http://journalarticle.ukm.my/20026/ https://www.ukm.my/personalia/publication-category/jilid-21-bil-2/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Stres atau tekanan merupakan tindak balas mental, fizikal dan emosi seseorang individu apabila menghadapi sesuatu
situasi. Stres juga merupakan penyebab kepada penyakit mental. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan
pada tahun 2020 penyakit mental adalah penyakit kedua tertinggi di dunia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti faktor-faktor dan tahap tekanan dalam kalangan mahasiswa Gen-Y di Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. Faktor tekanan yang dikaji adalah beban kerja, faktor peribadi (hubungan interpersonal) dan
pembelajaran-e. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam menentukan perhubungan semua pemboleh
ubah tidak bersandar (beban kerja, hubungan interpersonal, dan pembelajaran-e) dan pemboleh ubah bersandar
(tahap tekanan). Seramai 150 orang mahasiswa telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Setiap
hipotesis telah diuji menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa beban kerja dan faktor peribadi (hubungan interpersonal) mempengaruhi tekanan, namun
berbeza dengan pembelajaran-e yang tidak mempengaruhi tekanan dalam kalangan mahasiswa. Dapatan kajian
juga menunjukkan tiada perbezaan tahap tekanan dalam kalangan mahasiswa mengikut bangsa, fakulti dan jantina
kecuali tahun pengajian. Hasil kajian ini dapat memberikan maklumat penting kepada pihak pengurusan sebagai
panduan untuk memupuk sifat positif dan dinamik dalam kalangan mahasiswa. |
---|