Ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik : peranan set minda
Tingkah laku penangguhan akademik merupakan tingkah laku di mana seseorang pelajar menundakan aktiviti akademik mereka seperti membuat laporan, mengadakan temu janji bersama pensyarah, mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Tingkah laku ini tidak asing lagi dalam kalangan pelajar universiti ter...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19839/1/432-Article%20Text-603-1-10-20220702.pdf http://journalarticle.ukm.my/19839/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/21 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tingkah laku penangguhan akademik merupakan tingkah laku di mana seseorang pelajar menundakan
aktiviti akademik mereka seperti membuat laporan, mengadakan temu janji bersama pensyarah,
mengulang kaji pelajaran dan sebagainya. Tingkah laku ini tidak asing lagi dalam kalangan pelajar
universiti termasuk di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji tahap tingkah laku
penangguhan dalam kalangan mahasiswa di Malaysia dan menganalisis perbezaan antara pelajar lelaki
dan perempuan. Selain itu, kajian ini juga mengukur hubungan antara ketidakfleksibelan psikologi dan
tingkah laku penangguhan akademik. Seterusnya, peranan set minda sebagai mediator antara
ketidakfleksibelan psikologi dan tingkah laku penangguhan akademik merupakan tujuan bagi kajian ini.
Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah secara kuantitatif. Soal selidik diedarkan dalam bentuk
Google Form. Seramai 427 responden daripada IPT di Malaysia telah menjawab soal selidik yang
diberikan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap tingkah laku penangguhan akademik dalam kalangan
pelajar adalah sederhana dan tiada perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan.
Ketidakfleksibelan psikologi mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku penangguhan
akademik dan set minda kekal mempunyai peranan sebagai mediator antara ketidakfleksibelan psikologi
dan tingkah laku penangguhan akademik. Implikasi kajian ialah dapatan dapat dimanfaatkan oleh pihak
tertentu bagi menangani penangguhan akademik dalam kalangan pelajar universiti. |
---|