Terapi seni vaksin emosi buat sang pendidik : satu perkongsian melalui lukisan
Peningkatan kes pandemik Covid-19 telah merubah norma kehidupan rakyat Malaysia. Jika tidak dikawal dengan baik, ianya mampu menyumbang kepada masalah kesihatan mental. Golongan pendidik juga tidak terlepas dari semua ini, memandangkan mereka terlibat secara langsung dengan norma baharu tersebut. In...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18384/1/52622-173021-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/18384/ https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1446 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peningkatan kes pandemik Covid-19 telah merubah norma kehidupan rakyat Malaysia. Jika tidak dikawal dengan baik, ianya mampu menyumbang kepada masalah kesihatan mental. Golongan pendidik juga tidak terlepas dari semua ini, memandangkan mereka terlibat secara langsung dengan norma baharu tersebut. Ini termasuklah bekerja dari rumah (BDR) dan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Justeru, terapi seni melalui lukisan adalah salah satu kaedah dimana penulis menenangkan diri dan menyedari perasaan sendiri. Ianya juga satu kaedah yang digunakan untuk meluahkan perasaan secara sukarela tanpa dihakimi. Teknik ini selalunya digunakan dalam kauseling untuk tujuan penyembuhan dan juga diagnosis. Lukisan yang dilukis hanya menggunakan peralatan asas seperti cat warna air, pensil warna dan juga pensil. Lakaran lukisan yang bertemakan floral dan pemandangan alam semulajadi adalah hasil utama yang dihasilkan. Ianya bertujuan menggambarkan penghayatan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan. Sekurang-kurangnya satu lukisan pada sekeping kertas kecil dihasilkan setiap hari. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu pendidik mengurangkan tekanan emosi dan lebih sedar terhadap perasaan sendiri. Selain itu, terapi seni ini dapat membina keupayaan dan keyakinan diri yang lebih tinggi. |
---|