Reka bentuk dan pembangunan modul STEM Kembara Sains : Chem-E-Car
Kemerosotan bilangan pelajar sekolah yang berminat untuk menceburi aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dilihat sebagai satu masalah yang perlu diatasi dalam kadar segera bagi memastikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju berjaya. Dengan itu, kajian ini ingin meli...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/17848/1/Artikel-8_Prof.-Madya-Dr.-Masli-Irwan-Rosli_FKAB.pdf http://journalarticle.ukm.my/17848/ http://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-24-number-1-june-2021/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemerosotan bilangan pelajar sekolah yang berminat untuk menceburi aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM) dilihat sebagai satu masalah yang perlu diatasi dalam kadar segera bagi memastikan
hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju berjaya. Dengan itu, kajian ini ingin melihat tahap sambutan
yang diberikan oleh pelajar sekolah menengah dengan aktiviti modul STEM Kembara Sains: Chem-E-Car
(KEMia) bagi menarik minat pelajar terhadap aliran STEM. Modul STEM KEMia ini diasaskan daripada
aktiviti kokurikulum mahasiswa dalam Program Kejuruteraan Kimia iaitu pertandingan Chem-E-Car. Modul
STEM KEMia ini menggunakan konsep pertandingan yang memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk
membangunkan sebuah model kereta yang digerakkan hasil tindak balas kimia. Modul STEM KEMia ini dilihat
mampu menguji kemampuan dan daya kreativiti pelajar bersama mahasiswa Kejuruteraan Kimia yang menjadi
fasilitator untuk menarik minat mereka kepada STEM. Modul ini juga berkonsepkan pembelajaran secara CDIO
(Conceive, Design, Implement and Operate - Memikirkan, Mereka Bentuk, Melaksana dan Mengendalikan) dan
pembentukan kemahiran insaniah di kalangan pelajar dan juga fasilitator. Kajian soal-selidik juga dijalankan untuk
mendapatkan maklum balas pelajar terhadap program yang telah dilaksanakan. Secara keseluruhan, program ini
memberi impak yang positif terhadap pelajar di sekolah seluruh Malaysia dengan sebanyak enam aktiviti program
KEMia telah berjaya dijalankan di peringkat sekolah dan kajian maklum balas mendapati sekitar 86% pelajar
mendapati program ini menarik. |
---|