Keberkesanan pendekatan Narrow Reading terhadap kefahaman membaca teks Islamik

Pelajar pengajian Islam perlu cekap menguasai sumber primer bidang pengajian Islam yang hampir keseluruhannya dalam bahasa Arab. Hal ini boleh direalisasikan melalui pembentukan dasar pengajaran dan pembelajaran pengajian Islam yang betul. Pendekatan Narrow Reading (NR) adalah salah satu teknik pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Al-Muslim Mustapa @ Ab Rahim,, Zulkifli Nawawi,, Salamiah Ab. Ghani,, Maryam Abdul Rahman,, Zuraida Shaadon,, Nur Syazwina Mustapa,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16213/1/44612-143602-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/16213/
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1358
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelajar pengajian Islam perlu cekap menguasai sumber primer bidang pengajian Islam yang hampir keseluruhannya dalam bahasa Arab. Hal ini boleh direalisasikan melalui pembentukan dasar pengajaran dan pembelajaran pengajian Islam yang betul. Pendekatan Narrow Reading (NR) adalah salah satu teknik pemilihan teks bacaan ekstensif yang bertujuan meningkatkan kecekapan membaca berdasarkan topik atau bidang tertentu. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan teknik NR dalam meningkatkan kefahaman membaca teks Islamik oleh pelajar pengajian Islam. Seramai 47 pelajar fakulti pengajian Islam telah dipilih sebagai sampel. Reka bentuk kajian eksperimental digunakan dengan melaksanakan intervensi kepada sampel kajian. Hasil kajian diperolehi menerusi analisis Paired t-test dan eta squared. Dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kefahaman teks Islamik setelah intervensi NR diterapkan dan saiz kesan intervensi juga besar. Dapatan diperkukuhkan dengan analisis linguistik teks bacaan yang digunakan. Kajian mendedahkan beberapa implikasi penting dan mencadangkan kajian lanjutan sebagai kesahan keberkesanan teknik NR kepada pelajar pengajian Islam.