Pembelajaran dalam talian segerak: kepuasan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memaksa kaedah pengajaran dan pembelajaran beralih sepenuhnya daripada bersemuka dalam bilik kuliah kepada dalam talian. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memilih pembelajaran dalam talian segerak dengan menggunakan pelantar Microsoft Teams. Oleh itu,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16072/1/jqma-16-2-paper8.pdf http://journalarticle.ukm.my/16072/ https://www.ukm.my/jqma/current/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah memaksa kaedah pengajaran dan pembelajaran
beralih sepenuhnya daripada bersemuka dalam bilik kuliah kepada dalam talian. Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) memilih pembelajaran dalam talian segerak dengan
menggunakan pelantar Microsoft Teams. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur tahap
kepuasan pelajar Jabatan Sains Matematik dalam menggunakan Microsoft Teams sebagai
pelantar pembelajaran dalam talian segerak. Suatu tinjauan telah dijalankan. Seramai 142 orang
pelajar telah memberi maklum balas melalui soal selidik yang diedar secara dalam talian. Secara
umumnya tahap kepuasan pelajar adalah pada tahap yang sederhana dengan nilai min kepuasaan
keseluruhan 4.365 (daripada 6 mata skala Likert). Didapati tiada perbezaan min kepuasan
pelajar di antara yang tinggal di bandar mahu pun luar bandar, namun min kepuasan ini didapati
berbeza mengikut tahap kelajuan capaian internet. Hanya sekitar 25% pelajar yang mendapat
kelajuan capaian internet yang kuat. Oleh itu, majoriti pelajar (68.3%) memilih kaedah
pembelajaran bersemuka dalam bilik kuliah berbanding pembelajaran dalam talian. Namun,
sekiranya keadaan memaksa, pelajar bersedia untuk terus belajar dalam talian pada semester
akan datang. Peratusan pelajar yang memilih pembelajaran dalam talian segerak atau tidak
segerak adalah agak seimbang. Namun, bagi pelajar yang memilih pembelajaran dalam talian
segerak, mereka tetap mahukan bahan untuk pembelajaran kendiri dalam talian tidak segerak.
Ini berikutan 49% kekangan pembelajaran dalam talian disumbang oleh masalah capaian
internet dan semestinya pembelajaran dalam talian segerak memerlukan capaian internet yang
baik. |
---|