Analisis tindak balas berantai polimerase (PCR) simpleks dan multipleks ke atas produk surimi terawat terma bagi pengesanan DNA lembu dan babi
Kajian ini dilakukan bagi mengesan DNA babi dan lembu daripada gelatin yang ditambah ke dalam surimi dengan menggunakan teknik tindak balas berantai polimerase (PCR) khusus-spesies simpleks dan multipleks. Bebola ikan berasaskan surimi telah dihasilkan dengan penambahan 5% (w/w) gelatin lembu dan...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15789/1/18.pdf http://journalarticle.ukm.my/15789/ http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil8_2020/KandunganJilid49Bil8_2020.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilakukan bagi mengesan DNA babi dan lembu daripada gelatin yang ditambah ke dalam surimi dengan
menggunakan teknik tindak balas berantai polimerase (PCR) khusus-spesies simpleks dan multipleks. Bebola ikan
berasaskan surimi telah dihasilkan dengan penambahan 5% (w/w) gelatin lembu dan 5% (w/w) gelatin babi serta
dimasak menggunakan kaedah rebusan, pemanggangan, penggorengan dan autoklaf. Sebanyak tiga primer digunakan
dalam analisis PCR iaitu sitokrom oksidase II (COII) untuk penentuan DNA lembu; dan dua primer untuk menentukan DNA
babi, DNA mitokondria tRNA-ATP8 dan Elemen Nuklear Berselang Pendek (SINE). Analisis PCR simpleks menggunakan
tiga primer khusus-spesies berjaya mengesan DNA lembu dan babi dalam kesemua sampel dengan penghasilan
amplikon 165 bp (COII), 212 bp (RNA-ATP8) dan 161 bp (SINE). Pengoptimuman PCR multipleks dengan
menggunakan primer tRNA-ATP8 dan SINE telah dilakukan dengan menggunakan program kitar; penyahaslian awal
pada 95 °C selama dua min, diikuti 30 kitaran penyahaslian pada 94 °C selama 1 min, penyepuhan pada 55 °C selama
1 min, pemanjangan pada 72 °C selama dua min dan pemanjangan akhir pada 72 °C selama sepuluh min telah berjaya
mengamplifikasi dua gen sasaran bagi pengesanan DNA babi. Faktor seperti suhu (121 °C) dan tekanan (15 psi)
terhadap rawatan terma didapati memberikan kesan kepada kualiti DNA di dalam sampel yang diautoklaf dan ini
ditunjukkan dengan penghasilan amplikon yang pudar pada gel agarose. Oleh itu, kajian analisis PCR multipleks
menggunakan primer babi khusus-spesies adalah kaedah mudah dan cepat untuk menentukan kehadiran DNA babi
yang terkandung di dalam produk makanan terproses seperti surimi. |
---|