Amalan perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran pranumerasi di tadika swasta
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah garis panduan untuk guru tadika merancang PdP mengikut konteks. Tadika swasta mempunyai kepelbagaian yang kompleks terutamanya kelayakan guru yang menyebabkan kepelbagaian dalam PdP. Kepelbagaian dalam perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran (PPP) tidak meni...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13647/1/23740-89735-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/13647/ http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1124 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah garis panduan untuk guru tadika merancang PdP mengikut konteks. Tadika swasta
mempunyai kepelbagaian yang kompleks terutamanya kelayakan guru yang menyebabkan kepelbagaian dalam PdP. Kepelbagaian
dalam perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran (PPP) tidak menimbulkan masalah sekiranya amalan proses PdP pranumerasi
kanak-kanak adalah sesuai dengan perkembangan (Amalan Bersesuaian Perkembangan) mereka. Namun, interpretasi guru terhadap
panduan kurikulum bergantung kepada kelayakan dan pengalaman - kebiasaannya modul atau buku kerja diaplikasikan mengikut
kehendak pengurusan tadika walaupun ianya kurang sesuai untuk kanak-kanak. Kajian ini meninjau amalan guru terhadap proses
PdP pranumerasi di tadika berasaskan elemen PPP dengan mengambil kira faktor 1) tahap pendidikan dan 2) tempoh pengalaman
menjadi pendidik. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 73 guru di tadika swasta sebagai responden:
45.2% ijazah sarjana muda, 41.1% diploma dan 13.7% SPM, manakala 67.1% mempunyai tempoh pengalaman mengajar 7 bulan
hingga 3 tahun; 19.1% lebih 3 tahun dan 13.7% 6 bulan ke bawah. Analisis menunjukkan majoriti guru mengamalkan PPP namun
terdapat ramai guru yang masih menggunakan bahan abstrak seperti buku kerja sebagai bahan bantu mengajar. Ujian ANOVA
dua hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara tahap amalan PPP PdP pranumerasi berdasarkan tempoh pengalaman
mengajar dan juga tahap pendidikan. Terdapat interaksi yang signifikan antara tempoh pengalaman mengajar guru dengan
tahap pendidikan guru ke atas amalan perancangan, pelaksanaan dan pentaksiran PdP pranumerasi di tadika. Kajian ini boleh
dilanjutkan dengan memperluaskan sampel tadika swasta yang sedia ada kepada tadika yang pelbagai mengikut kategori dana,
jenis perniagaan dan lokasi. |
---|