Hubungan insentif keimanan dan amalan pengajaran: kajian terhadap guru tahfiz swasta di negeri Perak

Kajian ini bertujuan untuk menyingkap insentif keimanan dan hubungannya dengan amalan pengajaran guru di maahad-maahad tahfiz al-Quran swasta Negeri Perak. Kajian telah melibatkan (33) orang guru sebagai sampel secara rawak mudah di Maahad-maahad Tahfiz terpilih. Bagi mencapai objektif kajian sat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Marzuqi Abdul Rahim,, Abd Hadi Borham,, Wahyu Hidayat Abdullah,, Muhammad Akramin Kamarul Zaman,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/13529/1/292-Article%20Text-1170-3-10-20190109.pdf
http://journalarticle.ukm.my/13529/
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/22
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menyingkap insentif keimanan dan hubungannya dengan amalan pengajaran guru di maahad-maahad tahfiz al-Quran swasta Negeri Perak. Kajian telah melibatkan (33) orang guru sebagai sampel secara rawak mudah di Maahad-maahad Tahfiz terpilih. Bagi mencapai objektif kajian satu set soal selidik yang mengandungi (15) item bagi mengukur insentif keimanan yang telah diberikan kepada para guru dan (10) item digunakan sebagai instrumen untuk mengukur amalan pengajaran. Dapatan dari soal selidik dianalisis secara deskriptif menunjukkan secara keseluruhan tahap insentif keimanan yang telah diberikan oleh pengurus atau pentadbir maahad berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min (4.60) manakala tahap amalan pengajaran guru adalah sederhana dengan nilai min (3.44). Dapatan kajian turut menunjukkan hubungan yang signifikan antara insentif keimanan yang diberikan oleh pengurus maahad dan amalan pengajaran guru. Implikasi kajian merumuskan amalan pengajaran guru perlu dipertingkatkan terutama kepada aspek pemahaman ayat-ayat al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz.