Persepsi tentang profesion kesihatan dalam kalangan pelajar pra-universiti berbangsa India: implikasi terhadap profesion terapis pertuturan-bahasa

Profesion terapi pertuturan dan bahasa (TPB) adalah profesion yang semakin berkembang di Malaysia, namun kebanyakan pelajar daripada etnik India tidak memilih TPB sebagai kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar pra-universiti berbangsa India tentang profesion kesihatan te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasherah Mohd Ibrahim,, Nichalini Sounderajan,, Badrulzaman Abdul Hamid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11459/1/16749-47147-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11459/
http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/635
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Profesion terapi pertuturan dan bahasa (TPB) adalah profesion yang semakin berkembang di Malaysia, namun kebanyakan pelajar daripada etnik India tidak memilih TPB sebagai kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar pra-universiti berbangsa India tentang profesion kesihatan terutamanya profesion TPB. Kajian ini merupakan kajian keratan rentas yang menggunakan kaedah persampelan mudah untuk mendapatkan peserta. Seramai 110 pelajar pra-universiti aliran sains yang berbangsa India dan menetap di kawasan bandar di Kuala Lumpur dan Johor menyertai kajian ini. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden (>90%) mementingkan ciri kerjaya “pendapatan yang tinggi,” “pekerjaan yang kekal” dan “kedudukan kerjaya dalam sosial” dalam pemilihan kerjaya. Hampir semua responden mengenali profesion perubatan, farmasi dan kejururawatan berbanding <3% responden yang mengenali profesion terapi carakerja, audiologi dan TPB. Dari segi persepsi, responden menganggap kerjaya TPB sebagai kerjaya yang “sesuai untuk perempuan,” “menarik,” dan “memberi peluang berinteraksi dengan orang ramai.” Tiada responden merasakan kerjaya TPB adalah “sesuai untuk lelaki,” “berpendapatan tinggi” dan adalah bidang “saintifik.” Hanya 5% responden yang dijangka memilih kerjaya sebagai TPB. Hasil kajian ini dapat digunakan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan mengubah persepsi yang tidak tepat mengenai profesion kesihatan terutamanya TPB di kalangan pelajar berbangsa India.