Penentu aliran pelaburan portfolio asing di Malaysia: suatu kajian panel ARDL
Pelaburan portfolio asing memainkan peranan penting sebagai pembekal dana kepada pembangunan ekonomi di sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pergerakan modal tersebut dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang boleh dikategorikan sebagai faktor penarik dan faktor penolak. Justeru, kajian ini bertujuan...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/10765/1/jeko_50%281%29-1.pdf http://journalarticle.ukm.my/10765/ http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelaburan portfolio asing memainkan peranan penting sebagai pembekal dana kepada pembangunan ekonomi di
sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pergerakan modal tersebut dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang boleh
dikategorikan sebagai faktor penarik dan faktor penolak. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara empirikal
faktor penentu pelaburan portfolio asing (FPI) di Malaysia. Model penentu pelaburan portfolio adalah berdasarkan
kepada pendekatan imbangan portfolio and teori pariti kadar bunga yang dilindungi (covered interest rates parity -
CIRP). Antara faktor-faktor yang telah dianggar dalam model penentu pelaburan portfolio adalah kadar bunga asing
dan domestik, kadar tukaran asing benar, pendapatan negara asing, pendapatan domestik, dan Indeks Komposit
Kuala Lumpur (KLCI). Jangkamasa kajian bermula dari suku pertama tahun 1991 sehingga suku keempat tahun 2012,
yang merangkumi pergerakan modal antarabangsa daripada sembilan buah negara pelabur utama. Model penentu
pelaburan portfolio asing telah dianggar dengan menggunakan kaedah data panel Pooled Mean Group (PMG) dan
Mean Group (MG) yang dicadangkan oleh Pesaran et al. (1999). Hasil kajian mendapati kadar tukaran asing benar,
kadar bunga asing dan KLCI sangat mempengaruhi aliran pelaburan portfolio bersih di Malaysia. Oleh itu, dalam usaha
untuk menarik FPI di Malaysia, kestabilan dalam kadar bunga domestik, kadar pertukaran asing dan pasaran saham
perlulah diberikan perhatian oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan daya saing negara dalam menarik pelaburan
portfolio antarabangsa. |
---|